Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 16, 2015

Inilah Politik. TGNA pun memang faham benar

Bahasa politik bukannya bahasa Al-qur'an yang tidak boleh diubah dipinda
Bahasa politik adalah bahasa putar belit, bahasa penting diri

Inilah buruknya bila Agama digaulkan dengan politik bukannya politik dibacuh Agama
Yang memikul pula adalah manusia. Dan bilakah pula manusia berpisah dari nafsu?
Dalam politik jenis ini, jahat seolah dijadikan pasti dan baik pula tidak akan membawa erti

Berakhirkah sudah legasi Tok Guru Nik Aziz?
Dinsman
Published: 14 January 2015

Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu.
Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama?
Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan mereka di dalam parti.
Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu “kehilangan keyakinan diri”. Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan menyaingi kedudukan mereka.
Bahkan mereka menerima dan meraikan kehadiran golongan profesional dan intelektual tersebut (yang dianggap memberi ancaman dan saingan itu) yang mahu berjuang bersama bagi mencapai matlamat parti.
Satu hal yang sangat jelas menjadi asas kepemimpinan Nik Aziz (dan juga Fadzil Noor) ialah penekanan dan fokus yang diberikan kepada dakwah Islamiyah sentiasa berada di atas daripada segala kepentingan dan pertimbangan lain, termasuk kepentingan politik parti.
Perhatikanlah isi ceramah Nik Aziz misalnya, walau di manapun dan dalam situasi apapun dia berucap, termasuk dalam kempen pilihanraya sekalipun, dia sentiasa bercakap mengenai ajaran Islam begitu dan begini dan sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan dari pelbagai sudut, menggunakan bahasa dan perbandingan yang paling mudah difahami orang ramai. Mengenai ajaran Islam. Bukan mengenai kebaikan parti PAS.
Dan dia sentiasa menegaskan kerja dakwah yang dilakukan, bersama alim ulama lain termasuk guru-guru pondok adalah sebagai kesinambungan daripada kerja yang dilakukan oleh para ulama dahulu, sejak zaman berzaman, yang dimulai oleh para Rasul. Begitu dia menjelaskan kedudukan para ulama, tanpa ada kecenderungan berpolitik (atau kelihatannya seperti tidak ada kecenderungan berpolitik).
Saya sendiri beberapa kali mendengar Nik Aziz menasihati para pimpinan PAS supaya kurangkan bercakap mengenai PAS dan lebihkan bercakap mengenai Islam kerana tujuan dan matlamat perjuangan PAS ialah Islam. Bahkan beliau juga pernah berkata sekiranya Umno mengubah dasar perjuangannya daripada nasionalisme kepada Islam, PAS akan membubarkan partinya kerana tidak diperlukan lagi, kerana Umno sudah berjuang untuk Islam.
Begitu sekali Nik Aziz menjunjung Islam itu di atas dari segala-galanya, dan menganggap segala gerak kerjanya sebagai ibadat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan, dan sentiasa mengingatkan orang ramai terhadap kehidupan akhirat – hingga kelihatan seperti dia tidak ada masa memikirkan soal kepentingan diri atau kepentingan untuk mempertahankan kedudukan dirinya di dalam parti.
Sebab itu apabila pihak lawan menuduh PAS memperalatkan Islam untuk mencapai kepentingan politik, tuduhan itu dilihat awam sebagai tidak mempunyai kewajarannya.
Berbeza dengan sekarang. Bukannya orang lain, orang dalam parti sendiripun sudah mula membuat tuduhan yang seperti itu – “mereka itu memperalatkan agama untuk kepentingan diri.” Orang sesama parti yang mengata. Kalau orang sesama parti pun sudah berkata begitu, bagaimanakah pula kita akan berhujah mempertahankan parti sekiranya pihak lawan menuduh demikian kepada kita?
Itulah yang membezakan ulama dulu dengan sekarang. Ulama dulu kurang berpolitik tetapi lebih berdakwah dan bercakap mengenai Islam, bukan mengenai parti. Ulama sekarang terlalu banyak berpolitik dan menjaga kepentingan diri dan puak.
Dan itulah yang membezakan Nik Aziz dengan segelintir individu yang menganggap diri mereka sebagai ulama sekarang, yang menduduki beberapa jawatan penting dalam PAS, termasuk dalam Majlis Syura Ulama – badan tertinggi dalam parti.
Apabila mereka mula berkempen untuk mempertahankan diri atau menjaminkan jawatan tertentu dalam parti untuk mereka dan menyingkirkan golongan profesional dan intelektual yang dianggap menyaingi mereka, saya melihat itu sebagai tanda mereka sudah kehilangan keyakinan diri.
Apatah lagi apabila kempen itu sudah menjadi ala-ala kempen di dalam Umno, akhlak mereka yang terlibat itupun sudah larilah daripada akhlak yang dianjurkan Islam. Di situ imej Islam sudah tercalar.
Selain itu banyaklah lagi tindakan dan gerak kerja mereka yang suka menonjolkan diri sebagai ulama di dalam PAS itu yang menyimpang daripada ‘jalan’ yang dilalui Nik Aziz. Bukan saya mengatakan jalan yang dilalui Nik Aziz itu sahaja satu-satunya jalan yang diiktiraf Islam.
Saya hanya mengatakan Nik Aziz menunjukkan satu jalan Islam yang diterima oleh orang ramai yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama di negara ini. Suatu pencapaian yang cukup besar bagi parti PAS dan juga bagi Islam kerana bukannya mudah untuk orang ramai yang bukan Islam pada hari ini hendak menerima pimpinan Islam.
Kempen dan dakyah Amerika-Zionis melalui pelbagai media yang nyata dan tak-nyata hari ini mempengaruhi bukan sahaja orang bukan Islam tetapi juga sebahagian orang Islam yang lemah imannya, memandang Islam itu hanya agama untuk ibadat peribadi sahaja, manakala untuk urusan kehidupan mereka lebih percayakan sistem-sistem sekular.
Maka amatlah menghairankan saya kenapakah khazanah pencapaian Nik Aziz yang sangat berharga untuk PAS dan juga untuk Islam tidak dipelihara dan dipertahankan oleh para ulama di dalam PAS hari ini. Malah mereka yang diamanahkan untuk mentadbir negeri Kelantan setelah Nik Aziz melepaskan jawatan menteri besar pun nampaknya tidak begitu bersungguh meneruskan ‘jalan’ yang dilalui dan dibuktikan keberkesanannya oleh Nik Aziz itu.
Bukanlah mereka mengabaikannya langsung. Banyak juga yang mereka hargai dan mereka teruskan. Tetapi banyak pula kecacatan dan kelemahan dalam mereka meneruskan itu. Apakah kerana kurang memahami/menghayatinya atau kerana mencuba membuat pembaikan atau membuat penyesuaian dengan keperluan baru – saya tak tahulah.
Yang jelasnya nampak seperti mereka kurang menghargai dan menghayatinya. Walaupun ada ditubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) misalnya, tetapi apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh institut itupun setakat ini tidak jelas.
Misalnya dalam pergolakan yang berlaku di kalangan ulama di dalam PAS mutakhir ini, saya fikir barangkali IPTG boleh melakukan sesuatu, samada reaksi secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi nyatanya tidak. – 14 Januari, 2015.

10 comments:

  1. Ulamak xsemesti boleh menjadi umarak... Ada yg boleh memimpin tetapi mereka adalah pengajar...dan umarak xsemestinya dari ulamak...

    Kadang ulamak jg sibuk nak mengubat dan fungsi ulamak terbiar dan merka ni pun bernafsu mka nafsu serakah nya sendii xbolh dikengkang maka nmpk lah keburukan ulamak berkenaan... Kurangnyaehsan dlm ulamak..berani kerana sememang wujud sesekli tetapi kadang kadang nafsu mengusai mereka... Pas telah rosak oleg grup ulamk yg xpandai memimpin bahkn merosakan perann merka sendiri sehingga mereka yg bukan islam yg hampir menjadi islam melari kan diri d sebabksn geng ini....

    ReplyDelete
  2. ini perkongsian utk mereka2 yg taksub politik ye..
    org politik memang mudah susun kata2 yg konkrit untuk dapat undi.. main je bab agama ianya akan jadi lebih konkrit,yg jadi mangsa ialah org yg "dahagakan" agama..mereka tertipu atas org yg tertipu juga oleh politik demokrasi ni..bayang kan hujah yg paling konkrit ialah..mereka akan "beri" agama kat kita jika kita "beri" mereka kuasa demokrasi,remaja mana yg xkan ikut mereka jika sedang dahagakan agama?
    walhal kalo "kuasa" tu berkuasa mana maunya ada manusia yg jahat kat muka bumi ni,sebab semua ibu bapa memang ber"kuasa" atas anak2nya(dgn izin Tuhan),dan mana ada pula ibu bapa yg nak anaknya x beragama..dan semua diri sendiri memang ber"kuasa" atas diri sendiri(dgn izin tuhan)..dgn dah dapatnya kuasa yg dah x perlu dikejar ni..ada ke agama tertegak dgn jayanya?kuasa yg mang dah ada pun xleh berkuasa untuk tegakkan agama..ini pulak nak ikut org2 yg nak kejar kuasa yg lebih "hebat'...kalo "kuasa" itu berkuasa mestila saidina abu bakar xkan menolak atau berfikir panjang untuk terima kuasa..beliau menolak bahkan kena paksa terima..
    hehe..
    beriye2nya org politik terhadap politik ni..seolah2 syarat sahnya agama seseorang itu ialah mesti dapat kuasa dan tadbir negara..
    padahal faktanya ialah-mat rempit akan berenti merempit jika dia dapat agama (insyaAllah)..bukan bila org politik dapat kerusi demokrasi..
    apa perlunya mereka kejar kerusi jika nakkan agama tertegak dlm diri kita sedara mara mereka ni?marila kejar kita2 ni utk bagi agama mcm kejar org yg nak dijemput kekenduri kawin anak sendiri..sampai terpacul depan pintu..
    -org politik demokrasi yg tertipu atau kita rakyat yg tertipu oleh org politik demokrasi?atau semuanya tertipu oleh politik demokrasi?

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dgn isu penyatuan PAS dgn UMNO demi menegakkan hukum hudud di K'tan?.

    Bagaimana kiranya para alim ulamak & ustaz-ustazah dikedua-dua belah pihak menyeru kearah yg sama demi perpaduan sesama Islam, bangsa & tanah air. Jgn hanya asyik berpolitik sahaja tanpa memikirkan apa akan jadi pada Islam di M'sia pd masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1:44

      Dalam isu penyatuan PAS-UMNO dalam usaha untuk menegakkan hukum hudud di Kelantan( negeri lain yg dikuasai umno mcmana? Kenapa Kelantan je?) adalah helah politik UMNO semata-mata kerana UMNO mempunyai tujuan yang lebih terdesak yang perlu diseoesaikan dengan bantuan PAS. Kalau kita tidak faham sikap UMNO yang sebenar, sampai bila-bila pun kita akan ditipu hidup-hidup oleh UMNO.

      Bukti ketidakikhlasan UMNO dalam isu ini banyak. Satu penolakan MB Terengganu untuk melaksanakan hudud di Tetengganu. Kenyataan yang dibuat disidang DUN ketika kerajaan PAS Kelantan sebok nak buat hudud. Disusuli dengan kenyataan Najib menolak untuk melaksanakan hudud di negara kita sekarang kerana suasana tak kondusif.Tak terang dan jelas lagi? Masih dok pening lalat dengan keikhlasan UMNO?

      M3h kita guna fikiran skit. Masok akal ke UMNO nak menolong negeri yang diperintah oleh musuh politik melaksanakan hudud seeang dinegeri-negeri yang dikuasai UMNO, UMNO tak mahu laksanakan hudud? ..... satu!

      Keduanya. Tidakkah lebih senang UMNO melaksanakan hudud di negeri-negeri yang dikuasainya dahulu kerana sebarang masaalah perundangan dan perlembagaan yang di hadapi oleh kelantan sekarang ini bol3h diselesaikan dengan mudah kerana kerajaan persekutuan juga didominasi oleh UMNO?

      Jika UMNO melaksanakan hudud dinegeri-negeri yang dikuasainya, kelantan tidak akan menghadapi masaalah seperti sekarang untuk melaksanakan hudud di Kelantan!

      Dalam isu pergabungan PAS-UMNO untuk melaksanakan hudud di kelantan - ia adalah satu permainan politik oleh UMNO yang amat jijik. Jijik kerana UMNO telah menggunakan ugama untuk tujuan politik yang jahat.

      Dalam isu menggunakan ugama untuk kepentingan diri, segelintir pemimpin2 PAS yang berp3ndidikan ugama juga apa kurangnya. Kita sedang tengok bagaimana puak ini yang kita panggil sebagai puak UG menggunakan ugama untuk mencapai agenda mereka untuk bergabung dengan UMNO.

      Akhir sekali, Anon 1:44 masih konpius lagi ke pasai isu kerjasama PAS-UMNO untuk laksanakan hudud di Kelantan? Ceitanya mudah ie. Apa yang berlaku ialah si kaki putar belit t3lah berjaya m3nipu si putar alam!....s3dangkan kedua-duanya musuh kita semua!

      Delete
  4. Bagaimana dgn perpaduan PAS dgn UMNO bagi menegakkan Hukum Hudud di K'tan?

    ReplyDelete
  5. Kupasan Sdr Dinsman amat bernas, PAS telah dirosakkan oleh ulama RM.

    ReplyDelete
  6. Kelihatan dan terasa golongan professional lebih Islamik daripada golongan ustaz yang dianggap ulama.Teringat kata-kata Hassan Al Bana; Ketika aku pergi ke negara Barat, negara Barat lebih Islamik daripada negara Islam.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Kita tidak m3nentang ulamak secara borong. Jauh sekali mempertikaikan k3ilmuan mereka. Yang terjadi ialah perbezaan pendapat dengan segelintir pemimpin PAS yang kebetulan terdiri dari agamawan yang menentang dasar tahaluf siyasi d3ngan PR ( Dasar rasmi PAS hari ini) dan berusaha membawa PAS keluar dari PR untuk bekerjasama dengan UMNO, parti s3kular. Perbezaan pendapat ini purely diatas dasar halatuju politik Islam yang dibawa oleh PAS.

    Jika dikatakan ada penentangan terhadap golongan ini, ia adalah leb8h kepada mempertahankan Perlembagaan PAS yang cuba dibuang kelaut oleh golongan UG ini. Kita juga " resist" usaha puak UG ini untuk memecahbelahkan perpaduan didalam PAS dan PR sebagai cara mereka menggunakan tektik " r3liigious intimidations" untuk memaksa akar umbi menyokong agenda mereka.

    Antara "religious intimidations" yang mereka guna ialah m3mperdagangkan dan berselindung dis3balik perkataan "ULAMAK" itu s3ndiri secara borong untuk strike fear dikalangan akar umbi. Jika kita layari sesetengah fb-fb mereka, Masya Allah kita sed8h dengan cara mereka dan penyokong mereka berhujah. Kadang-kadang kita rasa takde bezanya dengan fb papagomo.

    ReplyDelete
  8. Anon 1:19 AM dan bat8

    Abe setuju dengan pandangan kalian dan memang pun nampak kian jelas pada akhir-akhir ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya puji sedara..setakat ni sedara memang gentleman.
      alhamdulilah..
      kalau sedara masuk di blog org yg nampak "tggi" agamanya sekalipun belum tentu dia dapat bersikap gentleman..silap2 di"kafirkan"nya sedara balik...sedih tengok..
      hehe..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa