Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 5, 2015

K'jaan bantah surat Zahid

Integriti Zahid dipertikaikan
Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" ?
Apakah yang nak diharapkan keselamatan sebuah negara daripada seorang penjenayah?
Banyak perkara yang dipertikaikan dari tindakan Zahid
Wajarkah dia di situ lagi?

K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua
9:25AM - 5 Jan 2015 - mk
Surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.
 
Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.
 
Menteri itu (kanan) juga mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.
 
Dalam satu surat yang berasingan kepada majistret hakim Peggy A Leen, pasukan peguam Phua berkata mereka menarik balik surat Zahid itu selepas Putrajaya berkata kandungannya bukan untuk tatapan awam.
 
"Awal hari ini, kami menyerahkan (dalam ECF No. 386) sepucuk surat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada Biro Penyiasatan Persekutuan.
 
"Kerajaan kemudiannya menghubungi kami, membantah penggunaan surat itu kerana rekod itu telah ditutup," menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.
 
Berikutan bantahan kerajaan itu, katanya, mereka menarik balik surat tersebut.

Surat itu, bertarikh 29 Disember 2014, telah ditandatangani oleh peguam David Z Chesnoff yang mewakili Phua dan juga peguam Thomas C Goldstein dan Richard Schonfeld yang mewakili anak Phua.
 
Ia tidak menyatakan sama ada bantahan itu datang dari kementerian Zahid atau kementerian lain dalam kerajaan.

4 comments:

  1. bela kongsi gelap rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg biasa bela kongsi gelap adalah puak lanun. Sekian adanya.

      Delete
  2. Bila sudah mentedarah hadiah orang , pasti ter makan budi.

    Macam mana lagi orang orang Melayu yang asal usul nya miskin papa kedana malas boleh kaya ber gaya sekelip mata....

    Tipu diri sendiri saja.

    Dalam kubor jawap lah nanti.

    Amanah rakyat bukan suroh kaya sendiri kan ?

    ReplyDelete
  3. perangai pun lebihkurang sama....main belasah orang jer....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa