Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 13, 2015

Mahukah Anak Siasat Bapa Kalau Tidak Diarahkan Datuk?

Polis diminta siasat Zahid Hamidi
 | January 13, 2015
Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu lalu?
zahid fahmi fadilPETALING JAYA: PKR menggesa polis membuat siasatan secara menyeluruh surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, PKR memberi keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan terutamanya dalam mengambil tindakan kepada mereka yang membuat kesalahan.
“Jika ada salah laku dari segi proses dan prosedur dalam hal ini, saya percaya pihak PDRM akan berlaku adil dan profesional” katanya kepada pemberita di pejabat PKR.
Tambah beliau, sekiranya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap Zahid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus mengarahkan Zahid supaya meletakkan jawatan sehingga siasatan tersebut selesai.
Kata Fahmi, sehingga kini Menteri Dalam Negeri itu tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut, malah rakan-rakan beliau dalam kabinet termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen.
“Ini menumbulkan pelbagai tanda tanya, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kebinet minggu lalu? dan adakah Najib tidak mengarahkan Zahid memberi penjelasan?” soalnya.

Lagi berita berkaitan:
'K'jaan AS yang bantah surat Zahid'
Surat daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membersihkan nama individu yang didakwa raja judi haram Paul Phua daripada siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, telah ditarik balik.

Satu sumber di negara itu berkata, surat berkenaan ditarik balik beberapa jam selepas permohonannya pada hari yang sama selepas bantahan oleh pihak pendakwa raya, atas alasan teknik.

Ia tidak ada kena mengena dengan Putrajaya membantah surat yang telah ditulis oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, kata sumber dari Las Vegas kepada Malaysiakini.

Ini dilihat disahkan lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa semalam bahawa beliau tidak tahu menahu apa-apa mengenai surat itu.

Pada 29 Disember, pasukan undang-undang Phua daripada Goldstein dan Russell, menulis kepada Majistret Peggy A Leen, untuk menyatakan bahawa mereka menggugurkan surat Zahid selepas "kerajaan itu" menolak permohonannya. - sumber

3 comments:

  1. Allah Maha Mengetahui dari segala apa yang tersirat dan Takburnya diri sesaorang janganla tinggikan suara pada yang dibawah inilah balasan dunia belum tahu lagi diakhirat ,cuba kita ulang tayang semula apa yang tewlah kita ungkapkan kepada rakyat yang tidak mampu berlawan seketika kita dalam berkuasa contoh mudah bila anak pinak kita bemewahan melebihi kemampuan,fikir dan fikir,renung sedalam yang munkin lautan yang terlebih dalam.

    ReplyDelete
  2. Satu per satu Orang Orang turun dari pokok nak hijrah ke Sepilok.

    Bahalol saja.

    ReplyDelete
  3. Mereka sedang mengambil masa untuk memikirkan, kong kali kong yg bagaimana paling sesuai untuk disuapkan kpd 47% yg bangang tegar itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa