Bukan meraba, menggatal pun - Ifa Raziah
Teruk di kecam sana sini ibarat sampat tak boleh bernyawa buat penyanyi Ifa Raziah, akhirnya dia tampil membuka mulut mempertahankan dirinya.
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, apa yang dilakukannya dengan pelakon Hisyam Hamid pada konsert akhir Gegar Vaganza adalah berlandaskan kerja secara profesional.
Malah dia sempat mempersoalkan persembahan lain pada anugerah tertentu yang lebih panas daripada apa yang dia dan aktor kelahiran Singapura itu lakukan.
"Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon," katanya yang hanya mendapat tempat kelima dalam konsert akhir yang berlangsung malam Ahad lalu.
Ifa turut melahirkan rasa terkilannya terhadap salah seorang juri malam itu, Datuk Rosyam Nor yang memberikan komen seolah-olah mematahkan semangatnya biarpun dia berdepan masalah teknikal sebanyak dua kali sebelum persembahan bermula.
"Dia cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon, takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.
"Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan," katanya yang mengharapkan pujian apabila berjaya menamatkan persembahannya tanpa terjejas fokus.
Ifa turut memohon pengertian semua pihak kerana apa yang terjadi bukan sengaja mencari sensasi murahan.
"Saya dan Hisyam hanya berbincang dan kemudian berlatih sekitar lima minit dalam bilik mekap yang sempit dan beberapa jam sebelum konsert akhir bermula. Latihan spontan kami itu turut disaksikan suami saya dan isteri dia. Tak ada pula yang cakap ia keterlaluan ketika itu.
"Bayangkan pula saya yang menjadi peserta pertama dan diuji pula dengan kesilapan teknikal selama dua kali. Semua jadi kelam kabut ditambah dengan masalah kesihatan lagi. Saya terangkat kaki awal sebelum lagu berakhir.
"Semuanya di luar kawalan saya. Hanya Tuhan saja tahu bagaimana saya rasa ketika itu," katanya sambil mengakui persembahan di atas pentas tidak menjadi seperti yang dirancang semasa latihan singkat bersama Hisyam.
Sementara itu, pada 27 Disember lalu Ifa disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia dan terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini untuk pemeriksaan lanjut dan hanya dibenarkan keluar hospital dua hari sebelum konsert akhir Gegar Vaganza. - MalaysiaGazette
Tuhan tahu dan Tuhan pun tak setuju, sebab bukan muhrim pun.
ReplyDeletesudah-sudahlah... profesional kunun
ReplyDeletePompuan pompuan ini ego tinggi tu sebab bahalol ; sebab bahalol lah orang lelaki boleh jual beli pompuan pimpuan macam ini.
ReplyDeletePak MopTea mana tak cakap apa2...
Sedih lah orang orang Melayu saja banyak macam ini.