Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 7, 2015

QZ8501 Yang dicari, bangkai kapal yang ditemui

QZ8501: Penyelam hanya temui bangkai kapal
PUBLISHED: Jan 7, 2015 12:56pm
Keadaan air yang sangat keruh dan berlumut menyukarkan penyelam untuk mengesan objek yang dipercayai bangkai pesawat

JAKARTA, 7 Januari:

Pasukan penyelam bagi misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 hanya menemui bangkai kapal karam di lokasi tiga titik koordinat dasar laut yang sebelum ini dipercayai menjadi milik bangkai pesawat.

Komandan komando pasukan angkatan laut Tentera Nasional Indonesia dari kapal KRI Banda Aceh, Wido Dwi berkata, tugasan menyelam di kawasan terbabit sudah dibuat namun hanya bangkai pesawat masih belum ditemui.

“Kami sudah menyelam ke dasar, namun keadaan air yang keruh menyukarkan selaman. Malah yang ditemui hanya bangkai kapal bukan bangkai pesawat,” katanya memetik laporan Kompas.com.

Titik koordinat kedua adalah pada kedudukan 03.54.41 arah selatan dan 110.31.07 ke arah timur berdasarkan sonar yang diterima daripada kapal KRI Bung Tomo.

Sementara itu, titik koordinat ketiga adalah di kedudukan 03.55.52 arah selatan dan 110.33.80 arah timur yang diperoleh kapal perang Amerika Syarikat, US Sampson 102.

Sehingga kini, pasukan penyelam masih menunggu koordinat baru daripada kapal pencari yang memiliki alat pengesan. Sebaik titik koordinat baru diperoleh, penyelam akan terjun semula menjejaki posisi pesawat.

“Kami ini ibaratnya hanya tangan saja, mata yang mencari kapal-kapal lain. Kalau ada arahan kita jalan,” katanya.

Pasukan penyelam sudah melakukan aktiviti pencarian di dasar laut sejak Ahad lalu dengan pasukan pertama yang diterjunkan adalah terdiri daripada 17 penyelam.

Selepas titik koordinat baru ditemukan, pasukan kedua dengan jumlah yang sama akan menggantikan pasukan pertama. Keseluruhan penyelam yang ditugaskan dalam misi pencarian pesawat itu adalah 57 orang. - sumber

1 comment:

  1. Ada hantu laut tu....

    Kena guna scorpene tangkap hantu dulu....

    Macam hantu tuya tuya yang banjir sungai kelantan dulu dulu.... tahun 1967.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa