Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 16, 2015

“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat"

PUBLISHED: Jan 15, 2015 11:14pm
Mejar Zaidi akan bersama Pakatan Rakyat
Zaidi berkata, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.

KUALA LUMPUR, 15 Januari: 

Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, “Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah”, pada Khamis malam.
“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat.
“Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon,” katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
“Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat,” jelasnya lagi.
Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong.
Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu. - sumber

6 comments:

  1. Suhanallah.kau akan menjadi pejuang yang INSYALLAH dapat menjadikan Pakatan menjadi pilahan rakyat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ! bayangkan jika semua angota keselamatan bersifat begini ? ABU !

    ReplyDelete
  3. Berkuranglah satu lagi org bijak keluar dari kepompong BN..

    ReplyDelete
  4. Ia.. Pakatan Rakyatlah Imam Mahdi akhir zaman.. diketui oleh Lim Guan Eng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menuduh tanpa dapat membuktikan secara sah itulah yg dikatakan fitnah oleh pemuja dajal.

      Delete
  5. Tak boleh bayangkan macam mana kolonel tu jadi jenderal.....sayur laaa..IQ rendah tahap motong getah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa