Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 1, 2015

Temerloh: ‘Dah tak ada apa’

Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid
Khamis, 1 January 2015 @ 12:11 AM

MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak

Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung.

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu.

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan.

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu.

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya.

"Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut.

“Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi.

"Saya tidak tahu apa nak buat. Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang.

NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

9 comments:

  1. Allah SWT sudah murka

    Jangan hidup menongkat langit....

    Makan hasil judi tuk bangun negeri tak berkat....

    Memain ayat ayat Quran tuk kedudukan pangkat jawatan....


    Orang Islam Melayu mesti hidup sebagai Islam jangan makan suap !!!!

    ReplyDelete
  2. Ntah macam mana mangss2 yang lain yea. Tahun yang getir buat negara ini.
    Masih lagi nak berbalah siapa yang kuat.
    Yang Msha Esa beri ingatsn dah.
    Rintihan rakyat jelata yang menentukan..........

    ReplyDelete
  3. Dpt kah brim tolong???

    ReplyDelete
  4. dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu...lepas solat subuh tidor balik ke bang..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org tgh musibah x payah nk sarkastik sgt. Dia kapir ke apa ke elok dok diam2 klu x mmbantu.

      Delete
  5. najib kata kelantan banjir sebab pembalakan...pahang banjir nak bagi alasan apa.nak tuduh mmg cukup pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena terima hakikat bahawa pembalakan menyumbang kepada banjir di kelantan. Lihat air banjir di gua musang dan kuala krai yang memhawa bersama lumpur. Kita percaya kata MB bahawa kelantan memang menebang balak mengikut kuota yang ditetapkan. Yang menjadi masaalah adakah penbalakan itu dibuat mengikut cara yang betul atau tidak.

      Satu lagi faktor yang disebut oleh MB adalah pembalakan haram dan pembukaan tanah secara haram. Kerajaan Kelantan tidak boleh memberi alasan ini kerana ini menunjukkan kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan kersjaan negeri. Apatah lagi hasil balak yang dicuri itu merupakan hasil pendapatan negeri ysng berharga. Jika kita lihat peta google kita sedih dengan keadaan yang berlaku.

      Delete
  6. Tak pa , Pahang no problem..PM kan adee

    ReplyDelete
  7. contohi jepun membangunkan negara selepas pengeboman hiroshima dan membina semula negara slps tsunami yg lalu..selepas lebih 43 tahun kita kena banjir 1971..saban tahun skrip yg sama berulang dan berulang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa