Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 12, 2015

Zam belasah MCA.......

Mamak ni berani bila dah berada di luar kandang kuasa
Sebelum ini bisu tak terkata

MCA dikuasai pelampau – Zam
January 12, 2015
Apakah MCA dibutakan mata oleh kerana tebalnya kaca mata perkauman Cina.
mca-zainuddin-300x179PETALING JAYA: ”Apa bezanya DAP, MCA dan Datuk Wong Chun Wai???” Soal bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai pendirian akhbar The Star terhadap isu berkaitan Islam dan orang Melayu.
”Inilah perjuangan untuk Persamaan Hak dan Malaysian Malaysia,” katanya, dan menegaskan, ”Betapa MCA dikuasai oleh pelampau Cina terserlah dengan terang lagi nyata apabila Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Tin Lian Ker” yang mendesak supaya polis menyiasat Datuk Ibrahim Ali.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu, sikap perkauman dan tidak peduli akhbar The Star terhadap orang Melayu dan Islam diperlihatkan apabila ia tidak menyiarkan langsung isu berkaitan tuduhan liar peguam Eric Paulsen terhadap khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jakim.
Sebaliknya, akhbar tersebut melalui Lian Ker mengkritik Ibrahim yang memperkatakan perihal insiden Charlie Hebdo dan sehubungan itu Zainuddin mendesak supaya pemimpin MCA itu mengeluarkan gesaan yang sama terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
”Apakah kenyataan Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Khairy terhadap suatu kejadian yang jauh di mata lebih merbahaya dari kenyataan Eric Paulsen yang memprovokasikan umat Islam negara ini di depan mata MCA. Apakah MCA dibutakan mata oleh kerana tebalnya kaca mata perkauman Cina,” tulis beliau dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com.
Beliau menambah: ”Nampak sangat perkauman Cina dan prejudis The Star terhadap Melayu dan orang Islam di negara ini dengan tidak langsung menyiarkan sebarang berita mengenai provokasi Eric Paulsen terhadap umat Islam.”
Malah tegas Zainuddin, akhbar berbahasa Inggeris itu sepatutnya menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai isu Eric yang bertujuan meredakan keadaan.
”Seluruh orang Islam di negara ini mulai hari ini hendaklah sedar bahawa akhbar The Star dengan disokong oleh anasir anasir perkauman dalam MCA dan juga anasir pelampau Kristian,” kata beliau dan menambah, ”sedang menjalankan kempen secara halus dan jahat untuk melaga-lagakan orang Islam dan juga menanam perasaan bencikan Islam dan Melayu di kalangan rakyat berbagai kaum negara ini dengan berselindung di sebalik bahasa Inggeris dan keharmonian agama.” - sumber

1 comment:

  1. MCA yg bermain api tetapi yg akan terbakar adalah DAP, jika DAP cuba masuk campur sama ada menyokong atau menentang. Umno hanya menunggu masa DAP masuk campur, maka ala Operasi Lalang akan dilancarkan. Masih ingat lagikah kes 'kisah benar' yg dipelopori oleh LGE mengenai isu rogol budak perempuan melayu bawah umur oleh salah seorang dari geng Datuk T itu dulu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa