Walau pun ini hanya cadangan tetapi kita boleh tengok nanti apa reaksi mereka dan sejauh mana pengaruh Hadi dalam partinya
Cadang Abdul Hadi tidak dicalonkan semula
WARTAWAN SINAR HARIAN - 11 Januari 2015
Gambar saya letak ganti gambar asal (Hadi) dari fb Zulhazmi
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.
“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.
"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya.
Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.
Selain Abdul Hadi, nama lain yang dicadangkan untuk tidak dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut disenaraikan.
Zulhazmi berkata, kesemua yang disenaraikan itu memegang jawatan dalam institusi paling tinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan mereka tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan lain di peringkat lebih rendah.
“Majlis Syura adalah institusi tertinggi berperanan memantau Pas supaya tidak tergelincir dari landasan perjuangan serta dasar parti iaitu Islam. Ia juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib ahli parti,” katanya.
Menurutnya, keadilan dalam Islam bukan sekadar ungkapan tetapi perlu dipraktikkan.
“Sebarang pertindihan kepentingan, pertindihan kuasa yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah hendaklah dielakkan lebih awal,” katanya.
Sehubungan itu juga, Zulhazmi mencadangkan Pas kawasan di seluruh negeri tidak mencalonkan nama-nama disenaraikan itu untuk sebarang jawatan dan sekiranya dicalonkan, disarankan mereka menolak pencalonan.
Saya pula cadangkan agar Haji Hadi dihantar ke Syria untuk berjuang di sana... di sana lebih sesuai untuk dia mengucapkan perkataan Barua dan Broker pada syiah-syiah.
ReplyDeleteLagi pun bila lagi dia nak ke barisan hadapan para syuhadah... takat dengan berpolitik je...
Jangan lupa bawa Mustapha Ali, Nik Abduh, Nik Amar, dan Nik apatah yang jadi Setiausaha MSU, Dr yang nasihatkan kau berkerja sama dengan UMNO dan tak lupa juga menantu kau.... dan Fat Guy and his Hellfire Vehicle. Untuk membangkitkan semangat bawa bersama tukang baca doa laknat dalam muktamar hari tu.
Tolong bawa semua sekali... lagipun Kebangkitan Imam Mahadi dah dekat... takut nanti ditanya di mana Haji Hadi... takan nak jawab pada Imam Mahadi, "Haji Hadi tengah memVETO di dalam mesyuarat di Malaysia". Takut dijawab oleh para jihad, "Cheh.... Sembang Kemas".
Salut saudara Zulhazmi!cadangan yang bernas dan penuh hikmah.Harap penyokong PAS menerima cadangan tersebut dengan penuh keterbukaan.r
ReplyDeleteHadi tau Hadi dan PAS jenama Gagal.
ReplyDeleteZul ini nak bagi tau saja.
Kalau otak open tak benggap , tiada masalah nak bagi tau saja pun.
Orang bahalol sama ke dengan bukan bahalol.
Hadi is an idiot whose ambious to become respected ulamak who actually inclinate to become himself a malaysian taliban
ReplyDelete