Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 17, 2015

Akhirnya tersembam juga!

UPDATED: Oct 15, 2015 10:22pm
Geng pembunuh upahan di Johor tumpas
BY: BEN TAN
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu dipercayai sebahagian daripada anggota sebuah kumpulan pembunuh upahan.


JOHOR BARU, 15 Oktober:

Polis mungkin telah melumpuhkan sebuah kumpulan yang disyaki ‘skuad pembunuh upahan’, hari ini, susulan penahanan dua lelaki dan rampasan empat pucuk pistol di dua lokasi berasingan, di Skudai, semalam.
Difahamkan, kedua-dua suspek itu yang berusia dalam lingkungan 40-an, dipercayai terlibat dalam beberapa kes tembakan maut di selatan Johor, sejak April lalu.
Kumpulan itu menjalankan kegiatan secara ‘undeground’, dengan anggotanya terdiri daripada individu kejam dan ganas.
Hasil siasatan juga mendapati, kumpulan itu berkait rapat dengan kumpulan kongsi gelap, Gang 21 yang dipercayai melakukan kegiatan jenayah lain, seperti mengedar dadah.
Malam semalam, Pasukan Petugas Khas Menangani Jenayah Terancang (STAFOC) dan anggota polis daripada pelbagai bahagian di Johor Baru Utara, melancarkan operasi dua jam, bermula jam 9.30 malam. 
Dalam operasi itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Seri Orkid dan merampas tiga pistol separa automatik. 
Susulan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Ungku Tun Aminah dan menemui sepucuk lagi pistol sama jenis.
Difahamkan, beberapa pucuk pistol Glock 9mm adalah antara yang dirampas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya, mengucapkan tahniah kepada STAFOC dan pasukan polis Johor, atas kejayaan itu melalui akaun Twitternya. 
“Syabas STAFOC dan JSJ Johor @PDRMsia tadi berjaya merampas 4 pucuk pistol di Tmn Skudai, JBaru dari ahli Kump Penjenayah. Go PDRM Go,” demikian tweet Khalid yang dipercayai berkaitan penahanan dan rampasan itu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu dipercayai sebahagian daripada anggota sebuah kumpulan pembunuh upahan. 
“Suspek-suspek itu ditahan semalam, susulan penahanan seorang  daripada anggota geng mereka, baru-baru ini, berhubung kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan berusia 22 tahun, kira-kira dua minggu lalu,” kata sumber itu kepada The Rakyat Post, hari ini.
Sumber itu berkata, siasatan masih dijalankan terhadap tiga suspek yang dikatakan turut terlibat dalam beberapa kes tembakan di negeri lain.
“Setakat ini, penyiasat telah mengaitkan ketiga-tiga suspek dengan lima kes tembakan di selatan Johor.
“Dua di Kulai, satu di Nusajaya dan dua di Johor Baru Selatan,” demikian kata sumber itu sambil menambah, lebih banyak penangkapan mungkin dilakukan tidak lama lagi.
Jelasnya, semua empat pucuk pistol itu telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor untuk dianalisis.
Pistol-pistol itu akan diperiksa nombor siri dan ujian balistik, bagi menentukan sama ada ia digunakan dalam beberapa kes tembakan di Johor.
Polis dijangka mengadakan sidang media sebaik sahaja siasatan selesai.

3 comments:

  1. bila mau kasi habis itu semua geng geng
    tok dalang besar jenayah apa saja ynag menyusahkan orang ramai
    kasi habis jangan bagi muka lagi
    jangan bazir unit unit khas tanpa tindakan yang berkesan

    ReplyDelete
  2. Kongsi gelap masih ujud di Mesia nih! Apa yang PDRM buat? Pengarah bahagian kongsi gelap dan perjudian makan gaji buta ke? Siasat beliau? Tuuuih!

    ReplyDelete
  3. Itu semua kenkawan Mat Kampau lah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa