Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 16, 2015

Panass: Johor boleh keluar Malaysia?

Tabek TMJ kerana berani berkata benar mengenai hak!
Ini mesti ekoran dari kegelisahan Rakyat Johor terhadap situasi celaru Kerajaan Malaysia

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi 
Published: 16 October 2015 6:01 PM
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor. 
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. 
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. " – 16 Oktober, 2015. - sumber

12 comments:

  1. Johor tak yah keluar Malaysia. Najib tu hantaq balik pi Sulawesi!!!

    ReplyDelete
  2. apa2 perjanjian@treaty sebelum Tanah Melayu merdeka terus terbatal selepas kemerdekaan negara..

    Aku bukan sokong najib pun ttp fakta adalah fakta..

    ReplyDelete
  3. Kecelaruan begini siapakah puncanya?

    ReplyDelete
  4. Kecelaruan begini siapakah puncanya?, sebelum ini tidak begini jadinya.

    ReplyDelete
  5. Kecelaruan begini siapakah puncanya?, sebelum ini tidak begini jadinya.

    ReplyDelete
  6. Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor

    patut tambah insyaallah
    jnagan telajak sangat bila becakap sampai lupa Allah

    bila orang besau cakap puak lahabau jadi sasau

    ReplyDelete
  7. Impak akibat gagal mentadbir negara dgn baik, dan ketua negara terlalu banyak terbabit dgn skandal, kes bunuh, kes salah guna kuasa, kes derma, sampai melalut-lalut, termasuk ugutan.

    ReplyDelete
  8. Impak akibat gagal mentadbir negara dgn baik, dan ketua negara terlalu banyak terbabit dgn skandal, kes bunuh, kes salah guna kuasa, kes derma, sampai melalut-lalut, termasuk ugutan.

    ReplyDelete
  9. Ada beberapa perjanjian terpakai sampai bila-bila walaupun negara telah Merdeka.

    Contoh - perjanjian antara negara Komanwel

    Oleh itu sukar untuk isytihar darurat walau banjir buruk melanda Kelantan.
    Pasukan pengaman dan kecemasan dari anggota Komanwel bila-bila boleh masuk setelah isytihar darurat. Dan siapa yang akan beri command (mentadbir?)? Fikir sendirilah...

    ReplyDelete
  10. Nak guna passport ke Kluang nanti ke????

    Nak makan nasi briyani gam sahaja!!!!

    ReplyDelete
  11. Kalau rakyat biasa yang buat statement macam tu kompom kantoi dengan tuduhan menghasut. Khalid anak Bakar berani sangah TMJ ke? Kah kah kah. Kalau berani pegi la hambat TMJ.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa