OLEH KC NAZARI
Published: 17 October 2015 1:44 PM
Pemuda Gerakan menggesa BN mewujudkan satu lembaga disiplin bagi memastikan pemimpin parti komponennya mematuhi prinsip asas yang dipersetujui bersama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 17 Oktober, 2015.
Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengulangi gesaannya agar Barisan Nasional (BN) mewujudkan satu lembaga disiplin bagi memastikan pemimpin parti komponennya mematuhi prinsip asas yang dipersetujui bersama selama ini.
Beliau berkata, ia sekaligus berupaya menanamkan sikap berhati-hati membuat kenyataan di kalangan pemimpin BN yang kemudian mungkin terpaksa menafikan kenyataan mereka sendiri selepas ia tersebar dengan pantas menerusi media sosial.
"Dalam zaman media sosial ini, kenyataan pemimpin BN boleh jadi viral bersama bukti seperti rakaman video. Apa-apa kenyataan akan mempunyai kesan yang besar dalam sekelip mata.
"Jangan pula cakap, dan lepas itu, cuba nafikan. Akhirnya, yang nak jadi hero, terus jadi badut. BN pula dijadikan mangsa.
"Maka, bagi kepentingan BN dan negara kita, Pemuda Gerakan menggesa penubuhan Lembaga Disiplin BN untuk memastikan prinsip asas BN yang dipersetujui dipatuhi oleh semua pemimpin komponen BN, dari akar umbi hingga ke peringkat nasional," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada pembukaan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-44 Pemuda Gerakan di Shah Alam, pagi ini.
"Tidak kira sama ada mereka menteri ataupun timbalan menteri, sepatutnya orang yang berjawatan tinggi harus tunjuk teladan yang baik kepada pemimpin akar umbi, dan bukan sebaliknya."
Tan sebelum ini membuat gesaan tersebut sewaktu mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa mahu melempang orang Cina.
Tajuddin mengeluarkan kenyataan itu selepas kontroversi kenyataan duta besar China ke Malaysia tentang keharmonian kaum di negara ini.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," Tajuddin dilaporkan berkata pada sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur, pada 1 Oktober lalu. – 17 Oktober, 2015.
Budak Gerakan ini nak jadi Bahalol macam Mat Badut tapi tak dapat....
ReplyDeleteTu lah dah jadi CINA tak boleh jadi Benggap Bahalol macam Melayu...
Ha ha aha aha ha ha.....