Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 18, 2015

Jenis manusia yang payah nak sedar diri!

Dipaksa keluarga, Zamani lari dari pusat pemulihan
Saturday October 17, 2015

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Vokalis kumpulan pop-rock Slam, Zamani dilaporkan melarikan diri dari Rumah Pengasih selepas permintaannya untuk meninggalkan pusat pemulihan dadah itu ditolak keluarganya.

Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Yunus Pathi Mohd berkata Zamani, 44, meninggalkan pusat yang terletak di Bukit Tunku itu pada Khamis malam dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

“Dia melarikan diri dari Pusat Pengasih tanpa membawa MyKad, pakaian termasuk gitar kesayangannya. Saya tidak tahu motif dan di mana dia berada sekarang,” katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro, merujuk kepada Zamani.

Zamani ketika dihubungi akhbar tabloid itu enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin meruncing.

“Saya ada sebab tertentu di sebalik semua ini, Maaf saya tidak mahu ulas lanjut. Tunggu tiba waktunya saya dan pihak pengurusan membuka cerita sebenar. Saya akan dedahkan semuanya,” ujar Zamani.

Sementara itu, abang Zamani, Zulfazli Ibrahim berkata beliau terkejut dengan tindakan adiknya itu dan berasa terkilan kerana tidak dimaklumkan Pengasih terlebih dahulu.
“Mereka seharusnya memaklumkan kehilangan Zamani kerana saya adalah penjaminnya,” kata Zulfazli, 50.

Mahkamah Majistret sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan atau denda RM5,000 selepas Zamani mengaku bersalah memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. - sumber

4 comments:

  1. Bebudak DADAH ini kena bagi minum air kencing ANJING saja boleh ubat nya....

    Tak salah minum Air Kencing ANJING ini ciptaan ALLAH SWT sebagai ubatan.

    Kalau TONGGANG ARAK tu boleh terima pulak?????? Kepala Otak !!!!!!!

    Tak mati pon kalau pekena Air Kencing Anjing ; dari bising bising Mat Bahalol sampai kena masok TONG DRUM okay.....

    Macam macam.

    ReplyDelete
  2. Elok dipenjarakan aje budak tu
    Jenis tak boleh nak ditolong dah...
    Mintak budak mcm ni jgn ambik utk apa2 program.
    Takut beri kesan buruk kat budak2 lain.

    ReplyDelete
  3. Otak klu dah kena najis dadah susah nak ubat. Tunggu aje la jadi jerangkung hidup.

    ReplyDelete
  4. Dia tak nyusahkan sesape pun. Dia tak rembat duit negara. Jangan dah kena batang hidung sendiri baru la terkebil 2. Rumah orang pun dia tak pecah masuk. Membantu nya tidak harap pandai kutuk je. Kah kah kah. Jangan perasan bagus sangat macam lebai PAIH!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa