Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Apa pulak cerita antara Bank Negara dan Pejabat AG ni?

BNM batal kebenaran pindah RM7.5 bilion dana 1MDB
KINIBIZ

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).
Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.
Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.
Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.
Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.
Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.
Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.
Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara.
Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.
Pihak bank itu, tambahnya, pada setiap masa mengkehendaki pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.
Di pihaknya, kata kenyataan itu lagi, bank berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.
Katanya, bank pusat itu akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. [Baca laporan penuh]

3 comments:

  1. Kah kah cerita lawak 1 malaysia , cerita perihal sang penguasa kaki kelentong penipu pembohong mat songlap 2.6b duit rakyat .Mampos masuk neraka jahanam dah pasti.

    ReplyDelete
  2. Mat Bahalol dengan 1 Mat Dah Bahalol ingat semua orang hidup nak tongkat langit

    Rupa rupa nya masih ada umat Melayu yang hidup tongkat KUBOR

    Maka TER KANTOI lah Mat Bahalol dengan projek kampau nya 1 Mat Dah Bahalol

    Ingat , Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!

    BILYON BILYON BILYON

    Kepala Otak !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Akan ada nanti penjawat awam yang akan dipecat atau lebih sadis lagi disimen dalam tong drum! Jika hendak diolah baru, hantar saja samseng buat-buat pecah rumah, atau didesign satu kemalangan maut, atau diarsenikkan saja tanpa sedar. PI Bala yang elok-elok sihat pun ketika balik ke Malaysia dulu tiba-tiba boleh kena serangan jantung. Bukannya rakyat tidak tahu kewujudan secara misteri pasukan yang kerjanya adalah melakukan taktik kotor ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa