Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Gambar: Dua murid Orang Asli dipindah ke hospital di Kota Bharu

UPDATED: Oct 9, 2015 08:39pm
Dua murid perempuan yang hilang sejak 23 Ogos lalu itu, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas, dekat Pos Tohoi, hari ini. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
 


KOTA BHARU, 9 Oktober:

Dua kanak-kanak Orang Asli yang masih hidup ketika ditemui, telah dipindahkan dari Hospital Gua Musang ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
Sebaik sahaja ditemui, Noreen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, diberi rawatan awal oleh Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi.
Dua murid perempuan dari SK Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos lalu itu, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas, dekat Pos Tohoi, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua mangsa yang masih hidup itu ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), pada jam 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.
“Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarga di Hospital Gua Musang, petang ini. Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lepas,” katanya pada sidang media di Hospital Gua Musang, hari ini.
Mazlan berkata, kedua-dua murid yang ditemui selepas 48 hari hilang itu memberitahu, mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.
Pada 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli, iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia 7 hingga 11 tahun dari SK Pos Tohoi, melarikan diri dari asrama sekolah, kerana takut dikenakan tindakan oleh guru, selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, yang kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. - sumber

1 comment:

  1. Saja nak tanya, adakah MB atau Timbalan MB atau Nik Beduh atau sesiapa saja yang sewaktu dengannya telah melakukan solat hajat untuk mendapat petunjuk dan pertolongan Ilahi memohon agar kanak-kanak orang asli itu boleh ditemui secepat mungkin, sebaik sahaja berita kehilangan mereka disebarkan? Yang aku baca, mereka asyik berbalah pasal baiah talak tiga, mengkafirkan golongan yang meninggalkan PAS dan macam-macam lagi tindakan bodoh bangang. Hadi mungkin ke laut weh!
    Kalau ada, nampak jelas permohonan mereka tidak diperkenankan, 48 hari bro...empat puluh lapan hari, forty eight dayS. Itu kalau ada dilakukan solat hajatlah, bagaimana pula jika tiada???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa