Suami tetak isteri guna parang ditahan
Kedua-dua suspek telah ditahan selepas 30 minit kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mereka tersangkut di plaza tol.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Dua lelaki yang dirakam membelasah seorang wanita di Port Dickson pada Sabtu lalu menggunakan parang yang menjadi viral di laman sosial telahpun ditahan oleh polis kira-kira 30 minit selepas kejadian itu berlaku.
Salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan suami kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis menahan suspek berumur 24 dan 26 tahun itu di Plaza Tol Mambau.
“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka,” katanya yang dilaporkan sebuah akhbar.
Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.
“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV dan mula menjadi perhatian netizen.
Rakaman menunjukkan dua suspek itu membelasah mangsa di luar rumahnya di Taman PD Utama, kira-kira jam 6.30 petang.
Ibu mangsa cuba membantu anaknya itu namun ditolak sehingga jatuh.
Apa nak jadi sudah negara kita ini
ReplyDeleteRakyat dah macam hidup zaman batu tak pakai Akal Otak lagi , hukum agama lagi lah di jauhi
Apa sudah jadi macam tak aman hidup di malaysia lagi , tanda tanda macam di Beirut pulak.
Macam macam bangsa sudah naik giler
Bagi qisas selesai masalah
ReplyDelete