Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 5, 2015

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak.Dengan terbentuknya Pakatan Harapan,tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. 

PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas,untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan.Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak.PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi "menjadi "anchor party"" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emosi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini.Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti diteruskan...

- r2r

1 comment:

  1. bodoh.. apa punya turrr... apa pulak untungnya jika lmbat tubuh pakatan 2.0? untuk dapatkn momentum.. mmg logik la tubuhkn pakatan sekarang. pedulikn pas, nk jd no wahid dlm semua perkara mmg mustahil beb.. ni perangai org arab. jika berkawan dgn 10 arab.. maka 10 arab tu nk jd ketua.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa