Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

Kah.....kah...kah.....tamakkan kerusi rupanya!

Pas: Agihan kerusi masalah utama
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 OKTOBER 2015

SHAH ALAM - Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan pakatan pembangkang yang baharu.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini apabila Pas bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi Pas akan diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau Pas bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna Pas akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku.

"Melainkan DAP atau PKR  sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tak mungkin Pas juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli Pas dan merampas bangunan PASTI dan markas Pas.

"Pas tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP sebelum ini terhadap Pas," katanya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas harap PKR faham kenapa tidak sertai]

Selain itu, beliau memberitahu Pas akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak parti.

"Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno atau BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon Pas tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong Pas?" kata Tuan Ibrahim.

Pas sebelum ini mengharapkan PKR memahami pendirian parti itu yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

11 comments:

  1. Mestilah hendak kerusi. Kalau boleh kerusi parlimen. Kalau tak caya tanya Din Hellfire. Tak payah kerap bagi ceramah. Dipanggil ustaz apa barang? Apa standard? Panggil YB lah ada standard sebelum ........... diberi title...Allahyarham.

    ReplyDelete
  2. DAP dan PKR tak tamak sebab tu PAS sahaja yg perlu berkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tak tamak sbb tu klu boleh pas nak semua kerusi seluruh malaysis.

      Delete
  3. Buang masa je. Masuk bertanding bkn nak.menang pun. Dri zaman APU lgi dah PAS sanggup mungkir janji demi bertanding utk kalah

    ReplyDelete
  4. Menongkat langit jugak

    Bukan nak kembang islam ajaran , dan hudud

    Pikir pasal MASYOKKKKKKK!!!!!! jugak

    Apa nak jadi dengan PAS sudah.

    ReplyDelete
  5. Pas sebuah parti yg kuat. Berikan semua kerusi yg menjadi haknya.PKR dan DAP bila2 boleh mengalah .... PKR beri 1/3 kerusi kpd Amanah .. dan DAP juga beri 1/3 kerusi kpd Amahah....... Yang menghairankan Pas berpolitik utk berprinsip tegakkan Islam sahaja bukan utk memburu kemenagan ke Putra Jaya..... Habis tu kenapa pasal kerusi sudah jadi terlalu TAMAK!!! pelik juga.

    ReplyDelete
  6. sembang kencang jer PAS tu...hakikatnya hampehhhh

    ReplyDelete
  7. Buang masa sahaja masuk bertanding dan mengabiskan wang derma "Tin Milo" dari penyokong sahaja sekiranya masuk bertanding di PRU hanya untuk mendapat redha Allah sahaja tapi tidak mahu menang. Memang betul lah PAS ini dah jauh sesat kerana memberi kefahaman kepada ahli mereka terutama yang wala membabi buta bahawa PAS itu sebuah agama dan ulama politik mereka umpama Rasulullah. Masya'llah.....Perangai pemimpin utama dah lebih teruk dari golongan Munafik dan reputasi moral dan bahasa lebih teruk dari pemimpin kulit hitam Afrika tapi masih mahu menggunakan Islam untuk menongkat dunia?

    ReplyDelete
  8. kah kah kah... semoga sarjana pemikir hadi akan memacu pas kelongkang..

    ReplyDelete
  9. Buat apalah tunduk pd DAP. Cukup2lah UMNO tunduk pd MCA. Semua patut sokong PAS laksanakan hidud termasuk mountdweller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:11

      Betul ke PAS nak buat hudud? Lepas menang semua jawatan dalam pemilihan lepas, dah xkedengaran lagi pasal PAS nqk buat hudud. Pejuang2 hudud yang siang malam dok berjuang pasal hudud sebelum pemilihan dulu, kini dah kedengaran lagi pasal nak laksana hudud bila mereka dah menang jawatan dalam pemilihan lepas.

      Betul ke PAS nak buat hudud? Ke sekadar guna hudud untuk memperdayakan ahli2 akar umbi agar menyokong puak UG dalam persaingan dengan puak mat sabu dalam pemilihan je?

      Anon 10:11....bleh bagi pencerahan ke apa status hudud sekarang yang dok canang hari2 sebelum p3milihan lepas? Dah buat ke blum kat Kelantan?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa