Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 18, 2015

Bukan ancaman besar, tapi dok hentam siang malam?

Hadi tidak anggap Amanah ancaman besar PAS
Published: 18 October 2015 10:03 AM
Sebahagian daripada 100,000 ahli PAS yang menghadiri perhimpunan ‘Fastaqim H60K’ di Kota Baru, Kelantan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015 
Pemimpin PAS berusaha menyingkirkan impak pesaing mereka Parti Amanah Negara (Amanah), dengan mengadakan perhimpunan raksasa di Kelantan malam tadi yang cuba untuk meningkatkan semangat parti Islam itu dalam menghadapi masa depan lebih mencabar.
Penolakan paling besar datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pemberita Amanah bukan satu ancaman besar kepada parti Islam itu.
Walaupun beliau memandang ringan kesan parti baharu berkenaan, perhimpunan itu menyaksikan Hadi dan ramai pemimpin kanan lain membuat “kecaman berselindung” terhadap Amanah, yang ditubuhkan beberapa ahli-ahli Parlimen PAS terkenal.
"PAS menghadapi cabaran lebih besar pada 1978 apabila ia kehilangan kerajaan Kelantan dan satu pertiga daripada ahli dan pemimpinnya meninggalkan parti," Hadi berkata merujuk semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.
Asri, yang ketika itu memegang jawatan presiden PAS meninggalkan parti dan bersama-sama pengikut setia beliau bagi membentuk Hamim.
Satu lagi puak ahli-ahli PAS membentuk Berjasa dan kedua-duanya bertanding menentang PAS pada pilihan raya seterusnya. – 18 Oktober, 2015.

9 comments:

  1. Assalam... tuan, boleh siar gambar perhimpunan fastaqim tu tak... ada sesuatu yg aneh... mcm dlm blog kerengge

    ReplyDelete
  2. hadi awe manusia yg penuh dgn sifat riak dan takbur
    brapa org dah ahli pas yg syirik bokali
    ye la anggap hadi awe maksum dan lebih teruk lagi duk puja mamat ni
    astagfirullah...

    ReplyDelete
  3. Yeahaaa .......... ada ngak ada yg penting kita ketawa ! Amanah boleh jalan .......... !

    ReplyDelete
  4. Bahalol

    Itu saja

    Sedih nya Orang Orang Melayu masih sokong Pemimpin GAGAL ; macam mana Bangsa nak maju....????

    Bodoh saja

    Nasib baik CINA ada bayar cukai business nya!!!!

    ReplyDelete
  5. "AMANAH bukan ancaman besar buat PAS". Begitu lah kata kata yang "TERPANCUL" dari mulut seorang yang "TINGGI KEEGOAN nya walau pun ramai yang menganggap "dia" sebagai Tok Guru. Kalau sudah begitu mengapa perlu di dendang kan berterusan irama AMANAH ini. Itu pertanda nya bahawa PAS gerun dengan kelahiran nya.

    Jangan lah mendabik dada dengan kehadiran begitu ramai di dalam pertunjukan "FASTAKIM" itu. Jangan lupa bahawa sebelum ini "PERJUMPAAN" yang hampir serupa pernah di adakan di Kedah. Kalau di ambil kira para perserta yang hadir, Kedah sudah pasti di dalam genggaman PAS. Tapi apa kesudahan nya!!!

    Ingat bahawa kehadiran yang ramai tidak mencerminkan kemenangan. Gambaran jelas boleh di perolehi sebelum ini melalui ceramah ceramah yang di hadiri ribuan "PENONTOn". Tapi hasil PRU atau PRK di kebanyakan tempat yang di tandanggi oleh PAS - HANCUR.

    ReplyDelete
  6. kehadiran sblm pas berpecah lg ramai. tapi kedah hilang jg. t'ganu tak boleh rampas semula. tunggu pru14, nampak mcm nak hilang k'tan pula! pas oh pas......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa