Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 10, 2015

Bukankah Kafir, Munafiq, Fitnah dan Barua adalah ratib bagi 'golongan beriman' ini?

Biar jerlah.......bukankah kafir itu akan berbalik kepada mereka?

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS
Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 9:46 PM
Oleh: MOHD FARHAAN SHAH

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

5 comments:

  1. PAS sudah sesat dengan perancangan hina nya

    Semua tu Melayu Islam pulak tu

    Bukan bebudak lagi pon semua tunggu nak KIOK saja

    Moga moga dapat hidayah dan taubat

    ReplyDelete
  2. Ano, vara kamu mentafsir politik menunjukkan kamu salah seorang dari golongan bingai yg memandai2

    ReplyDelete
  3. pas has gone full circle. dah balik kafir mengkafir! alahai hj hadi.......

    ReplyDelete
  4. Segelintir umat Islam di Malaysia mengamalkan zikir al Hadad. Mutakhir ini ujud pula satu zikir baru yang dinamakan zikir al Hadi. Tapi zikir ini tidak ada sepatah pun sebutan nama Allah @ asma ul husna @ ayat al Quran. Zikir ini ditujukan khas kepada x ahli2 Pas yang masuk kem PAN!

    ReplyDelete
  5. Ini bukan ratib al Hadad yang diamalkan sebahagian umat Islam nusantara tetapi ratib al Hadi yang tidak sepatah pun menyebut nama Allah @ asmaul husna @ ayat al Quran. Terdiri dari perkataan2 kesat, kafir yang ditujukan keoada X ahli2 Pas yang join kem PAN!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa