Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 10, 2015

Seorang Hero yang bernama Raja Shamri

Wira OKU bina semula 200 rumah di Kelantan – apa alasan kita?
07:30PM Okt 09 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Dr Raja Shamri Raja Husin adalah seorang wira.
Penceramah motivasi ini telah membaiki dan membina semula kira-kira 200 rumah yang terjejas akibat bencana banjir di Kelantan tahun lalu.
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk sukarela sepenuhnya. Perlu disebut yang beliau adalah seorang OKU kerana lahir tanpa kaki kanan yang sempurna (kudung di lutut).
Tetapi ia tidak menghalang Raja Shamri. Beliau adalah antara sukarelawan pertama yang turun ke Kelantan.
Akhbar Harian Metro baru-baru ini mewawancara bapa kepada dua anak ini, yang dijulang sebagai wira oleh warga Kelantan yang terkesan dengan bencana tersebut.
Raja Shamri, atau mesra dipanggil “Abe Raja” di sana berkata, beliau tidak pernah menjadikan statusnya selaku OKU sebagai penghalang untuk melakukan kerja kebajikan.
Beliau setakat ini berjaya membaiki dan membina semula 200 rumah (sementara dan juga kekal) di Kelantan.
“Saya minta pertolongan orang kampung dan anak muda tempatan bagi kerja pembinaan. Ramai yang secara sukarela membantu tanpa mengharapkan bayaran.”
Menurutnya, pertubuhan yang diketuainya iaitu “Third Force” disertai sukarelawan daripada negara seperti Arab Saudi, Qatar, Jepun, Australia dan Republik Czech.
Raja Shamri menjadikan Facebook sebagai medium mendapatkan bantuan dan memaklumkan berita terbaru mengenai kegiatannya.
“Saya menimbang untuk menghentikan kerja sukarela pada Mac lalu kerana sukar untuk menyeimbangkannya dengan komitmen ceramah.
“Namun saya membatalkan niat itu selepas melihat masih ramai di Kelantan yang memerlukan bantuan. Saya bersyukur kerana ramai sukarelawan yang turun membantu hampir setiap minggu,” katanya lagi. Beliau juga menyumbangkan separuh pendapatannya sebagai penceramah untuk membantu mangsa banjir.
Raja Shamri yang mendapat anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan atas baktinya turut mengatakan bahawa ada yang mempersoalkan niatnya memberikan bantuan. Namun beliau tidak terlalu mengambil kisah tentangnya.
Selain daripada membina semula rumah, Raja Shamri dan pasukannya turut membersihkan masjid dan membina semula jalan dan jeti yang rosak.
Malah beliau melakukan lebih daripada itu, seperti yang diceritakan Mohd Khairi Abdul Rahman, 29 tahun.
Anak Mohd Khairi yang berusia empat tahun mengalami masalah jantung. Raja Shamri-lah yang membantu menanggung kos pembedahan dan sepanjang dua minggu anaknya di Kuala Lumpur.
“Malah beliau tidak beritahu pun berapa banyak kos yang ditanggung. Beliau hanya minta kami terus mendoakan kesihatan anak.
“Saya terharu kerana masih ada orang seperti Abe Raja pada zaman ini,” kata Mohd Khairi.
Raja Shamri juga membina rumah untuknya selepas rumahnya di Gua Musang musnah akibat banjir.
Memang seorang yang berhati mulia.
Beliau boleh mengambil jalan mudah dengan menggunakan statusnya sebagai OKU untuk bergantung kepada orang lain dan menyalahkan kerajaan kerana tidak cukup memberi bantuan kepada golongan sepertinya.
Tetapi beliau tidak menganggap itu sebagai kekurangan dan penghalang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Malah beliau lebih banyak menyumbang berbanding ramai yang insan yang sempurna tubuh badan di luar sana.
Beliau adalah seorang yang patut kita cuba contohi.
Semoga Raja Shamri sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik agar boleh terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

5 comments:

  1. di saat Raja shamri melakukan kerja2 membina Kelantan, PAS dengan dokongan ulamaknya sibuk mengumpul hujah betapa ahli2nya yang derhaka akan kafir atau sedang bermukah....bagi mereka penderitaan rakyat Kelantan adalah hukuman allah sematamata....

    ReplyDelete
  2. Yang paling berjasa sebenarnya adalah mereka yg cuma ketuk papan kekunci ...lbh hebat n terulung dr dr shamri sbb mereka2 ini cuma pandai ketuk papan kekunci dan membebel utk itu ini yg org lain perlu buat. Kelah demo.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah

    Saya Bangga ada anak Melayu ber jiwa Melayu membantu bangsa Melayu nya yang dhaif

    Insya Allah kita akan ber temu suatu hari nanti


    Ini lah Melayu yang patut di bangga dan di contoh

    Ini juga bukti Bukan Semua Melayu jenama Bahalol walau ada kemungkinan 99% ada lah Bahalol

    ReplyDelete
  4. pemimpin 'ulama' pas k'tan buat apa? ikut sunnah nabi saw? btw how's the range rover?

    ReplyDelete
  5. Tulis komen dlm blog bukan salah pun kecuali menulis yg haram & fitnah, segala pendapat amat dialu-alukan. Bukannya tulis komen utk kutuk & hina org tetapi merasakan dirinya suci & ahli syurga. Buanglah perasaan riak dlm diri sebab sifat riaklah iblis jadi derhaka kpd Allah SWT. Nauzubillah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa