Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

Edisi tak cerdik:: Serah kuasa? Apa kuasa PAS dalam isu ini?

Pas seolah memaksa dua badan agama ini menjalankan kuasa mereka
'Pas serah kuasa kepada Jais, Jawi' Apa kuasa yang PAS ada nak serahkan kepada dua badan ini?

Surat Husam berkenaan balak dah jawab ke belum?

Bai’ah: Pas serah kuasa kepada Jais, Jawi
ROSMIZA KASIM3 OKTOBER 2015

RANTAU PANJANG - Pas menyerahkan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menentukan status taklik dua pemimpin parti yang melanggar lafaz bai’ah mereka.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, itu adalah kerana kedua-duanya, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli tidak menetap di Kelantan.

“Taklik terserah kepada pihak berkuasa agama tempat dia menetap. Kalau tinggal di Kelantan pihak berkuasa kita akan ambil tindakan.

“Kedua-dua pemimpin ini tidak menetap di Kelantan, kalau Dr Hatta dia menetap di Gombak, Kamarudin pula di Kuala Lumpur, jadi serah kepada jabatan agama di sanalah ambil tindakan,” katanya kepada media semalam mengulas status terkini taklik kedua-dua pimpinan yang berhijrah ke parti baharu.

Terdahulu beliau merasmikan Himpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan Peringkat Kelantan di sini.

Kamaruddin dikatakan melanggar lafaz bai’ah dengan menyertai PKR manakala Mohd Hatta turut melanggar sumpah setia kepada parti setelah bersama Parti Amanah Rakyat (Amanah) sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status perkahwinannya.


5 comments:

  1. Abe

    Ni namanya politik bodo. Nik Amar dan puak dia ada masaalah dengan wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, bakpo nak guna institusi kerajaan sebagai alat untuk menentang musuh sendiri?

    Dah ke kamu ni TMB?Buat apa sebok dengan negeri lain. Gunalah jabatan ugama Kelantan untuk jadi alat kamu dalam perbalahan kamu dengan puka wakil rakyat yg lari ke Amanah.

    Kalau kato bodo marah....buat dilu kat negeri yg kamu ada kuasa. Jangan dok sebok dgn negeri yang kamu xde kuasa....baso bodo xleh nak bekki


    ReplyDelete
  2. Mangkok hayun ni elok serah balik kawasan balak yang di beri di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni. Kopiah atas kepala tu elok di buat kesat bontot.

    ReplyDelete
  3. Ni namanya politik lepas tangan. Bila terperangkap kata bukan bidang kuasa dia. Nik Amar kata itu kerja pihak berkuasa lain yg pada asalnya tak de kena mengena ngan bai'ah PAS tu. Kalu bekas ahli PAS yg ber bai'ah tinggal di Jedah, Riyad, Madinah atau Makkah mcm mana pula?

    ReplyDelete
  4. Bukan ke Tuan Murshidul Am PAS dah bagi penjelasan bahawa bai'ah taklik tu dah tak dipakai guna semasa PRU13 dan bai'ah yang ada sudah dipinda dengan membuang "hukum cerai talak tiga"? Jadi apa kejadahnya mangkuk ni masih lagi menyalak pasal bai'ah sampai suruh JAIS dan JAWI amik tindakan? Tuan Murshidul Am sudah tipu atau mangkuk ni berdendam sampai membuat fitnah dan berhukum palsu? PAS ni dah jadi gila talak ke? Atau kesemua pimpinan2 PAS dah mengidap menyakit wahan dan Alzheimer secara serentak?

    Apa2 pun, PAS dibawah Hj Hadi dan kuncu2nya sudah menjadi "musuh dan racun" kepada rakyat. Dan jika dilihat dengan tingkahlaku mereka yang kurang ajar, mencaci-maki serta suka mengadu-domba dengan mengeluarkan kata2 fitnah, mereka adalah musuh kepada Islam itu sendiri. Maknanya mereka sudah semestinya ditolak dalam apa2 pun pilihanraya samada yang kecik atau Umum! The End!

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Apa lagi boleh di harap kan pon

    Kesian Rakyat Kelantan papa kedana miskin tak ada duit , nih kena tunggu banjir pulak dah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa