Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

PKR akan pecah: Hanya TITM saja yang sedar?

Sedarkah pemimpin yang lain sedang menghulurkan tongkat kepada UMNO ketika mereka sedang lemah?
Berkenaan hubungan PAS dan PKR menjadi masam sejak krisis MB Selangor lagi
PAS dan DAP pula menjadi pahit bila Presideng PAS cakap tak serupa bikin dan sentiasa berubah-ubah.
Ingat...........rakyat dan pengundi sentiasa memerhati dan menilai. Takyah nak konar, nak belit dan nak bohong
Rakyat juga tahu mengapakah PAS terpecah!

Soal masa depan Pakatan Harapan pula, bukan lagi hak TITM atau PAS mempersoalkan setelah Presideng PAS sendiri membuat keputusan tidak akan menyertainya

PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan
Published: 3 October 2015 3:01 PM
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.

PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.
"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.
"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.
"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.
"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.
Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat. 
Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.
"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.
"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.
"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.
Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.
"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.
"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.
"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.
Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.
Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung tali hayat kepada BN.
"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tidak menyokong.
"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya. – 3 Oktober, 2015. - sumber

9 comments:

  1. semua pergolakan ini berlaku adalah sebab2nya ialaH ULAMAK2 BERSIFAT MUNAFIK

    ReplyDelete
  2. Aku pula bagi warning kat TITM, you dengan presiden tak ada adab tu boleh bergaduh besar sebab you punya presiden suka tendang you punya pendapat... itu sudah kira sepak you punya anu kasi sengal, you terpekup-pekup kesengalan sementara dia mau you menyalak sama babi dalam bukit.... mana boleh menyalak kalau you kesengalan... kalau ada babipun dia boleh buat joke dengar you punya salak sama bunyi meraung kesengalan.

    ReplyDelete
  3. Kesian ada orang agama tetapi sikap hasad dengki nya se buruk burok setan.

    Mana lah ada rakyat nak dengar cakap orang ber agama jika sudah ber gaya macam setan

    PKR tidak akan pecah kalau tiada dajjal masok champor dalam hal hal PKR

    Ini common sense saja

    PAS.!PAS ini parti angkot sampah tuk melayu melayu malas meminta minta dan bahalol.

    Ini semua rakyat ber fikir sedar PAS tiada nilai bqgus hanya merosak kan...

    ReplyDelete
  4. Mengapa pula Pas memberi amaran kepada PKR.Adakah PKR lembu kepada PAS?.kalau selama ni dikatakan golongan G18 kuda tunggangan DAP .kini beri amaran kepada PKR untuk apa? adakah disebabkan PKR ingin bersama dengan DAP dan AManah menjadikan Pas kelamkabut?.selama ni cakap berdegar2 Pas bolih bersendirian ,tak perlu bersama Pakatan dan tak perlu bersama Pakatan Harapan,Apa lagi nak menyibuk dalam urusan PKR .mungkin PKR ada hubungan sulit dengan PAS setelah Pakatan dihancurkan oleh Pas.TMTI perlu measihati JKPP yang selama ini tidak ada sekali pun mensyuarat mengambil apa juga keputusan dalam keadaan carcamarba ini,buat satu keputusan tepat.SIla ambil jalan keluar iatu keluar dari mentadbir Selangor selagi ada DAP.Biarkan DAP dan PKR seta Amanah sahaj yang tadbir Selangor.

    ReplyDelete
  5. Mengapa pula Pas memberi amaran kepada PKR.Adakah PKR lembu kepada PAS?.kalau selama ni dikatakan golongan G18 kuda tunggangan DAP .kini beri amaran kepada PKR untuk apa? adakah disebabkan PKR ingin bersama dengan DAP dan AManah menjadikan Pas kelamkabut?.selama ni cakap berdegar2 Pas bolih bersendirian ,tak perlu bersama Pakatan dan tak perlu bersama Pakatan Harapan,Apa lagi nak menyibuk dalam urusan PKR .mungkin PKR ada hubungan sulit dengan PAS setelah Pakatan dihancurkan oleh Pas.TMTI perlu measihati JKPP yang selama ini tidak ada sekali pun mensyuarat mengambil apa juga keputusan dalam keadaan carcamarba ini,buat satu keputusan tepat.SIla ambil jalan keluar iatu keluar dari mentadbir Selangor selagi ada DAP.Biarkan DAP dan PKR seta Amanah sahaj yang tadbir Selangor.

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya mudah sesiapa yg dlm PKR tetapi tak mahu bersama dgn PKR bila bergabung dgn Pakatan Harapan bolehlah masuk jadi ahli pas. Pasti pemimpin pas seronok & bangga, ahli PKR boleh join mereka. Pasti pas akan tawarkan jawatan yg hebat2 pd mereka.Kita negara demokrasi siapa pun bebas menyokong mana2 parti & jadi ahli parti mana2 pun.

    Perkukuhkan PH utk kepentingan rakyat bukan kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  7. semua kemelut ni sebab amanah...orang2 yg kecewa dan gila kuasa dan agen bn umno utk pecahkan undi pembangkang..banggang punye amanah...semoga mampos cpt pengkhianat2 itu...tikam belakang punya orang...puiii

    ReplyDelete
  8. Rumah sendiri sedang terbakar dan tahu siapa yang membakar. Kemudian tu tidak berusaha memadamkan kebakaran sambil mengharapkan rumah kawan juga terbakar. Betul-betul hati kaudu. Busuk melantung!!!

    ReplyDelete
  9. PAS semakin lama semakin sesat
    Kat kampung dh berpuak2 angkara hadi awe
    Manusia yg penuh dgn sifat riak dan takbur
    Semakin tak boleh di tegur hadi awe ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa