Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 5, 2015

Fokus agenda besar Pakatan Harapan

FOKUS AGENDA BESAR PAKATAN HARAPAN, JANGAN SIBUK SALAHKAN ORANG LAIN

www.amanahnegara.org

1. Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali AMANAH hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

2. Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

3. Menyalahkan penubuhan PAKATAN HARAPAN sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah, adalah merupakan sikap yang terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal.

4. AMANAH berpandangan pintu  rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

5. AMANAH sebagai pemain baharu dipersada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam PAKATAN HARAPAN. Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar PAKATAN HARAPAN yang menjadi aspirasi rakyat ini.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
4 Oktober, 2015

2 comments:

  1. Yeahaaaa .......... ada ngak ada yg penting kita ketawa ! sekarang pokei ...... siapa tahu besok tokei ! sekarang 'PAN de tat' ...... siapa tahu besok 'coup de tat' ! ...... dibilang macai , ngak jugak (ngak ngaku) ! ....... dibilang balaci , ngak jugak ! ...... dibilang barua , ngak jugak !

    ReplyDelete
  2. Adi Awe dan PASchai sekarang bertindak sebagai nyamuk atau anjing belaan UMNO bagi mengharu birukan politik berkebajikan rakyat dengan mengalih perhatian dari isu besar IMBD dan wang derma 2.6 Bilion Najib.

    Wujudnya pelbagai permasalahan dan isu dalam PAS dan PR membuatkan pelbagai rakyat Islam dan bukan Islam semakin hilang keyakinan terhadap moral pemimpin yang beragama Islam dek kerana sikap dan perangai bawaan Adi Awe dan Arun Jin yang secara terang-terangan melanggar segala hukum dan perjanjian yang mereka sendiri telah persetujui. Tolong kekal bersama Islam dan tolong tolak parti yang menjual maruah Islam (PAS) demi perut dan kuasa. Munafik sebenarnya jauh lebih teruk dan lebih hina dari kaum engkar (Kafir).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa