Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Gambar: Inikah warga prihatin yang menghantar kanak-kanak diculik?

Kanak-kanak dipercayai diculik di Kajang, ditemui selamat
UPDATED: Oct 9, 2015 08:15pm
Oleh NORAIZURA AHMAD
Seorang pemandu teksi membantu menghantar pulang kanak-kanak yang dipercayai diculik dua lelaki pagi tadi, kepada keluarganya di Kajang

KUALA LUMPUR, 9 Oktober:
Kanak-kanak lima tahun yang dipercayai diculik dua lelaki di Jalan Cempaka, Taman Setia, Sungai Chua, pada pagi Jumaat, ditemui semula pada jam 5.47 petang tadi.
Kanak-kanak itu dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard ketika mengesahkan perkara itu berkata, kanak-kanak lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
“Dia ditemui dalam keadaan sihat dan selamat serta dibawa untuk pemeriksaan doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam penculikan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah di hadapan lokasi kejadian mula tersebar di laman sosial sejak pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rakaman video berkenaan menunjukkan mangsa bersama ibunya dalam perjalanan ke tadika, sebelum didatangi seorang lelaki yang dipercayai bertanyakan arah jalan.
Tiba-tiba datang lagi seorang lelaki, sebelum kedua-dua lelaki terbabit bertindak melarikan kanak-kanak berkenaan, dengan menaiki sebuah kereta.
Ibu kanak-kanak itu cuba mengejar suspek, namun terjatuh dan cedera di kaki, sebelum kereta itu memecut laju.

3 comments:

  1. Ana musykil, kenapa pemandu teksi itu tidak menghantar mangsa culik ke balai polis dan bagaimana pula dia tahu di mana rumah budak itu? Mujur juga dalam perjalanan untuk menghantar itu tidak ditahan dan dibelasah oleh spesis Si Jamal, misalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan peristiwa culik tu dah viral whatssap siap dgn alamat lg. Jgn ada setitik hitam dlm hati mu kawan. Buangkan jauh2 prasangka burukmu itu.

      Delete
  2. awekaste, ana rasa ente pun sudah dapat tahu berita sebenarnya ketika membaca respon ana ini. Terima kasih atas nasihat itu dan simpanlah ia baik-baik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa