Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 11, 2015

Hehee.....Hadi akan buat kejutan

Hadi dan PAS akan buat kejutan bagi meraih beberapa kerusi?
10:00AM Okt 11 2015
oleh Jimmy Adit

FOKUS SARAWAK: Pas berkata sedang memikirkan calon-calon bukan Islam bagi bertanding di pilihanraya negeri (PRN) akan datang. Ianya dijadual berlangsung pada awal tahun depan.

Ini tidak mengejutkan, kerana Malaysia negara bebas yang mengamalkan demokrasi. Sekiranya ia menurut undang-undang, apa salahnya?

Selain itu, segalanya berkemungkinan dalam politik. Tiada yang mustahil. Dalam keadaan biasa, hanya perkara normal yang berlaku,  tetapi dalam politik, segala macam keganjilan dapat dicetus parti-parti politik serta para pemimpin mereka.

PAS merupakan parti ulama, ustaz dan ustazah, tetapi sekiranya pejuang moral yang sering berkopiah dengan janggut di dagu itu mampu mencari paderi Kristian menjadi calonnya, perkara tersebut bakal terpahat dalam sejarah.

Dan itulah yang dimahukan timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kami pernah menampilkan calon-calon bukan Islam di bawah PAS di pilihanraya umum yang lalu di Semenanjung. Tidak mustahil buat kali pertama, calon-calon bukan Islam akan ditampilkan di beberapa kerusi di PRN Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan," katanya ketika perlancaran pusat-pusat parti di Limbang dan Sibuti.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili (gambar)
kelihatan teruja dengan kemampuan parti berhubung dengan penonton warga Sarawak selepas beliau berucap berkenaan "turun padang bagi bertemu rakyat di rumah panjang di pedalaman" dan tentang lawatan pemimpin tertinggi Abdul Hadi Awang ke gereja St Columba di Miri. Ini katanya menunjukkan PAS bukan parti ekstremis.

PAS Sarawak melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan PAS di Malaya. Di sini mereka bertemu Dayak yang memakai cawat dan mendapatkan Hadi bagi mengunjungi pegawai-pegawai gereja.

Hadi mungkin sedang memujuk beberapa pemimpin gereja agar menjadi calon-calon PAS di PRN Sarawak ke-11 nanti!

Dengan permulaan yang baik yang diperlihatkan setakat ini, besar kemungkinan kita dapat saksikan mereka duduk di anjung rumah panjang atau ruai bagi ucapacara miring bagi memohon dari tuhan Iban memberi kejayaan kepada PAS dalam PRN nanti.

Saya kini mampu membayangkan Hadi dan pemimpin PAS menukar jubah kepada pakaian tradisi Sarawak cawat dengan tanjak dari bulu ayam serta menghunus parang ilang. Mereka mungkin menari di sekeliling pokok yang dipenuhi kepala manusia dari ratusan tahun lalu bergantungan dari rantingnya.

Sekiranya PAS mampu lakukannya (dan segalanya berkemungkinan di dalam politik) maka Hadi dan anak buahnya perlu diberi perhatian.

Namun melihat kembali ke tahun 2001, PAS yang membuat kemunculan di Sarawak bermula dengan langkah sumbang.

Dalam perbalahan di pusat pencalonan di Sadong Jaya, penyokong PAS menggelar orang Melayu Sarawak kafir.

Ketika berkempen di rumah panjang, mereka menggunakan kempen agresif memecahbelahkan penduduk yang sememangnya rapat.

Kerana itu, sebelum tarikh pemilihan, petugas PAS diharamkan dari rumah panjang di Sadong Jaya.

Lima belas tahun kemudian, PAS Sarawak kelihatan telah mengubah pendirian mereka mengutamakan agama berbanding segalanya.

Dan mereka mungkin memberitahu bukan Islam di Sarawak bahawa kita berhak menggunakan kalimah ALlah seperti umat Islam, bahawa Bible dalam Bahasa Melayu OK, bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak, bahawa Hadi dan anak-anak buahnya tiada masalah berkongsi meja - minum Kopi-O di kedai kopi Cina - dengan masyarakat Cina dan Dayak bersantap sarapan bah kut teh dan mee kaki babi.

Itu yang dilakukan di Sarawak.

Warga Sarawak mungkin lupa sejenak bahawa PAS ialah Parti Islam sekiranya Hadi mampu melakukan penampilan palsu sebegitu - jadi seperti warga Sarawak di Sarawak tetapi kembali seperti asal - pejuang and pelindung Quran - apabila berada di Semenanjung.

Politik menjadikan segalanya tidak mustahil dan PAS kelihatan sedia melakar kemungkinan di dalam usaha mendapatkan satu dua kerusi dari tangan Barisan Nasional di PRN akan datang.

Sampaikan komen dan cadangan kepada aajimmy@hckmedia.com

2 comments:

  1. letak yusni mat piah nanti klu pas menang di sarawak sebagai ketua menteri

    ReplyDelete
  2. Hadi.

    Nama Hadi itu sendiri sudah meng kejut kan Rakyat

    Rakyat tak percaya Ulamak dalam Hadi

    Itu pasti Rakyat TER KEJUT.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa