Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 10, 2015

Hero Pengecut?

'Tajuddin mahu jadi hero' - Gerakan
Syah Hairizal Kamalul ArifinAstro Awani |  Oktober 09, 2015 20:04 MYT 
   
'Tajuddin mahu jadi hero' - Gerakan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini didakwa mahu melempang orang Cina. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan pihak yang terlibat mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar tidak mencalar imej sendiri dan juga negara.

Kenyataan itu dibuat ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng susulan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa mahu melempang orang Cina.

"Saya rasa dia perlu mempertimbangkan semula, jika dia berkata begitu maka dia juga perlu berani mengakui apa yang diperkatakannya dan ini memberi imej buruk kepada dia dan juga kepada Malaysia," katanya pada sidang media memorandum yang akan dihantar parti itu ke Jabatan Perdana Menteri berhubung Jawatankuasa Konsultatif Nasional Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Terdahulu dalam laman web Parti Gerakan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, mendesak agar BN dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin parti komponen yang bersalah mengeluarkan kenyataan perkauman.

"Lebih baik tubuh Jawatankuasa Lembaga Disiplin untuk mengatasi isu sebegini (perkauman). Ini seharusnya diselesaikan di peringkat BN. Kepimpinan tertinggi kena kaji apa yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini," katanya.

Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat Tajuddin itu sekiranya benar, seolah-olah menunjukkan beliau mahu menjadi seperti hero.

"Dia seperti mahu menjadi hero sedangkan sebagai pemimpin BN, dia sememangnya tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.
Tajuddin enggan memohon maaf berhubung kenyataan itu kerana percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

4 comments:

  1. klu dinegara maju org mcm tajuddin @ bung ni jauuuuh sekali nak layak jd menteri. paling kuat layak jd ketua kampung ............ di m'sia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju sgt, naik jadi pemimpin kerana kebodohan rakyat

      Delete
    2. Aku setuju sgt, naik jadi pemimpin kerana kebodohan rakyat

      Delete
  2. Menteri bodoh dan bebal hasil undian rakyat kawasannya yang tolol dan bangsat..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa