Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 5, 2015

Ibrahim dan Ibrahim

Dua Ibrahim kongsi hari bersejarah
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 OKTOBER 2015
Sultan Ibrahim mendukung bayi Ibrahim yang ditemui ketika baginda membeli-belah di Kluang Mall, kelmarin. FOTO: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama seorang bayi lelaki bernama Ibrahim mendapat perhatian ramai selepas ia dimuat naik ke laman Facebook baginda, kelmarin.

Gambar itu yang dimuat naik pada jam 10.41 pagi, kelmarin mendapat hampir 13,000 Like dan turut dikongsi oleh 1,111 pengguna Facebook setakat jam 11 pagi, semalam.

Sultan Ibrahim, dalam status berkenaan menyatakan rasa teruja bertemu bayi berkenaan yang dilahirkan ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor berlangsung dan turut dinamakan sempena nama baginda.

“Semalam (2 Oktober) semasa saya membeli-belah di Kluang Mall, saya telah didatangi seorang wanita yang mendukung bayinya.

“Menurut ibu itu, bayi tersebut lahir pada 23 Mac tahun ini, hari yang sama dengan Majlis Kemahkotaan saya dan ibunya menamakan bayi itu Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mendoakan bayi Ibrahim dapat mencipta kebanggaan untuk rakyat Johor.

“Saya terharu ketika diperkenalkan kepada Ibrahim. Saya katakan kepada ibunya bahawa saya sangat bertuah pada hari ini kerana dipertemukan dengan bayi Ibrahim. Bertemu dengan rakyat selalu menggembirakan saya,” katanya

2 comments:

  1. Sultan Ibrahim memang mesra dgn rakyat
    Begitu juga putera baginda TMJ & isterinya yg selalu duduk bersama rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  2. Moga usaha dn pglibatan Tunku Sultan mdampingi rakyat mdpt kberkatan Illahi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa