Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 6, 2015

Isteri ditetak suami dan rakannnya: Ini puncanya

Kesian..Inilah Punca Sebenar Si ISTERI di Tetak Oleh Suami Dan Rakannya
MONDAY, OCTOBER 5, 2015
PORT DICKSON - Susulan tersebarnya kes seorang wanita ditetak oleh suami dan rakannya, ramai yang membuat andaian bahawa mangsa yang menjadi punca masalah menyebabkan suaminya tergamak bertindak demikian.

Tampil seorang saksi, Jay Alagan, yang mengakui mengenali mangsa dan keluarga menafikan dakwaan itu dan mendedahkan perkara yang sebenarnya. 

"Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala," katanya.

Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya. 

"Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran. 

Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis tidak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi. 

"Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?" kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.

Bagaimanapun, dia tidak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pada masa yang sama, Jay turut meminta rakan-rakannya agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang mengatakan mangsa yang mencetuskan masalah sehingga lelaki itu berani mencederakannya.

"Ada segelintir pengguna di media sosial yang membuat tuduhan liar yang cuba memburukkan mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yang bukan-bukan. Saya sudah mengenali wanita ini semenjak dia berumur 5 tahun," katanya yang turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang akan menjalani pembedahan hari ini cepat sembuh dan selamat. - THEHYPEMEDIA.COM via Media Orang Kampung

1 comment:

  1. Susah nak hidup di malaysia dengan GST nak bayar , nilai duit sudah kechik dan duit tak pernah cukup tu belanja anak anak bini rumah

    Harga minyak selalu nya naik dari turun pon punca keluarga porak peranda

    Mesti ada pendapatan bilyon bilyon baru lah aman hidup ber keluarga

    Bukan senang ; tak macam zaman Tun Mahathir dulu


    Zaman sekarang banyak sangat Pau Pau Pau , Mat Kampau !!!!!!!!!!?

    Sudah macam Indonesia 40 tahun dulu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa