Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 6, 2015

Nasib baik aku terlepas balik malam ni dari Subang Skypark

Walau pun delay 25 minit namun aku berjaya juga balik dengan firefly jam 20:50, jadul sebenar 20:25. 
Tiga belas hari dalam jerebu dengan batuk, selesema dan gatal terasa seolah tiga bulan
Masa balik malam ni tak ada pula turbulence dan hujan
Perjalanan masa datang pada 22 Sept. pula rasa macam naik kapal musim tengkujuh

Penutupan antara lapangan terbang ambil kira jarak penglihatan juruterbang - DCA
Penutupan antara lapangan terbang ambil kira jarak penglihatan juruterbang - DCA
Kelihatan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berhubung melalui telefon dalam keadaan ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 diselubungi jerebu hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan hanya mengarahkan pembatalan penerbangan atau penutupan sementara sesebuah lapangan terbang akibat jerebu selepas mengambil kira pandangan juruterbang dan jarak penglihatan di darat dan udara.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya memantau keadaan jerebu itu dari semasa ke semasa, dan arahan berkenaan akan dibuat jika jarak penglihatan kurang daripada 500 meter.

"Penutupan sementara sesebuah lapangan terbang adalah mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira jarak penglihatan.

"Selain itu, pandangan juruterbang mengenai jarak penglihatan juga diambil kira kerana pandangan di darat dan udara berbeza," katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

Menurutnya lapangan terbang yang dilengkapi dengan sistem moden dan canggih seperti Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan Radar Pergerakan Permukaan (SMR) memudahkan pesawat membuat pendaratan.

Sebagai contoh, katanya, pesawat-pesawat yang memasuki KLIA adalah lebih besar dan dilengkapi sistem canggih yang membolehkannya membuat pendaratan ketika keadaan berjerebu.

"Pesawat yang menggunakan Visual Flight Rules (Peraturan Penerbangan Visual) pula tidak boleh terbang ketika keadaan jerebu bertambah buruk," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas langkah menghentikan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih tiga jam hari ini berikutan jarak penglihatan rendah, menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal.

Malaysia Airports Berhad (Malaysia Airports) dalam Twitter mengumumkan penutupan landasan itu berkuat kuasa pada 8.20 pagi tadi selepas jarak penglihatan tidak lebih daripada 500 meter dicatatkan akibat jerebu.

Malaysia Airports kemudian membuat satu lagi pengumuman pada 11.40 pagi yang membenarkan operasi penerbangan disambung semula berikutan jarak penglihatan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa