Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Di dalam PAS adakah hanya TITM saja yang berani bingkas?

Usul undi tidak percaya benam imej Najib

 | October 19, 2015
Tuan Ibrahim juga percaya kegagalan kerajaan hari ini bukan hanya terletak di atas bahu Perdana Menteri tetapi membabitkan semua anggota kabinet.
tuan-man,najib
PETALING JAYA: Cadangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umpama telah membenamkan imej beliau sebagai ketua kerajaan.
yang semakin ditolak oleh rakyat.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia menunjukkan penolakan rakyat terhadap kepimpinannnya.
Menurutnya, perkara itu tidak timbul sekiranya Najib dapat menangani perkara berbangkit yang timbul sebelum ini.
“Memandangkan kebanyakkan fokus terletak pada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion, maka semua ahli Kabinet kelihatan lepas tangan dan membiarkan PM keseorangan kerana tiada siapa selain PM sahaja yang tahu skrip atau jawapan sebenar kepada 1MDB dan dana derma RM2.6 bilion,” katanya.
Malah beliau juga tidak menolak, ramai daripada ahli Barisan Nasional (BN) yang akan menyokong usul tersebut untuk menyelamatkan diri dan parti daripada terus dicemari skandal yang membabitkan Perdana Menteri.
Sungguhpun begitu, Tuan Ibrahim juga percaya kegagalan kerajaan hari ini bukan hanya terletak di atas bahu Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pasukan pentadbiran semua ahli kabinet seharusnya bertanggungjawab.
Oleh itu, beliau mempersoal kewajaran untuk hanya menukar Perdana Menteri atau usul ini melibatkan seleuruh parti yang menerajui kerajaan yang ada.
“Siapa yang bakal mengganti PM sekiranya usul ini berjaya?
“Umum juga mengetahui, asalkan Umno-BN yang memerintah, segala permasalahan negara tidak akan selesai malah akan bertambah,” katanya.

1 comment:

  1. Titm,mahfuz omar,takiyuddin semua nak jadi hero.
    Tp last hadi awg akan kona dan semua walaun pas kena taat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa