Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 8, 2015

Rupanya dua sepupu ni tak faham!

Itulah pentingnya belajar dalam negera.........
Cakap melayu istana dan berhemah mereka tak faham

Mahfuz: PM nak tunggu bahasa 'penampar Tokyo'?


Datuk Mahfuz Omar menolak kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin Hussin bahawa titah raja-raja Melayu dalam isu 1MDB bermaksud baginda sekalian hilang kepercayaan kepada perdana menteri.
Sambil menyoal tafsiran sebenarnya, anggota parlimen Pokok Sena itu berkata baginda sekalian bertitah dalam bahasa istana yang berhemah dan masih menjaga maruah memanda perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam kehidupan berkeluarga pun, adakala tidak perlu sang ayah bercakap menengking marahkan anak barulah anak-anak faham yang ayah tidak suka apa yang anak lakukan.
“Cukup dengan memek muka yang berkerut atau berdehem akan buat anak yang belum baligh pun faham dan akan berhenti melakukan perkara yang ayah tidak suka.
“Kalau anak buat juga akan merasalah penampar daripada sang ayah. Ini Najib memanda perdana menteri sudah berapa kali baligh? Takkan hendak tunggu raja-raja bertitah dalam bahasa "penampar Tokyo" baru nak faham?” soalnya.
Mahfuz tetap menegaskan bahawa titah raja-raja itu jelas membawa mesej supaya perdana menteri berundurlah secara terhormat.
Hishammuddin hari ini menolak tafsiran bahawa raja-raja Melayu hilang kepercayaan terhadap Najib berkaitan siasatan 1MDB.
Menyifatkan ia ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berkata "Kalau raja-raja tak percaya, mereka akan cakap bulat-bulat.”
Felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura John Pang membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan.
Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya. - sumber

2 comments:

  1. takut kerana bnayak yang tak betoi
    itu yang duk pusing sana pusing sini
    bala pilihan matde

    ReplyDelete
  2. Bukankah datuk sebelah ibu mereka adalah orang yang sama? Yakni makhluk yang berusaha untuk menjadikan pusat perjudian Genting menjadi realiti. Maka sebab itulah tiada langsung sinar nur dalam diri mereka, gelap macam MB sorang tu dan begitu juga pengerusi TH.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa