Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 8, 2015

Berbaloi tukar AG.........

Cepat  dan tepat
Cepat laporan keluar dan tepat pada masanya setelah desakan dari Istana

Pejabat AG bersihkan 1MDB, Bank Negara cadang semak


Pejabat Peguam Negara (AG) membersihkan pegawai 1MDB daripada sebarang salah laku mengenai siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.
"Kertas siasatan itu dikaji, Timbalan Pendakwaraya Persekutuan 1 Abdul Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat," kata Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pejabat itu berkata kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan untuk tidak mendakwa telah dimaklumkan kepada bank pusat itu pada hari yang sama.
Susulan itu, Bank Negara, dalam surat bertarikh 1 Oktober, mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara menyemak semua keputusannya.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa selepas mempertimbangkan pemintaan dan fakta bahawa tiada bukti baru ditemui, maka peguam negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini.
Kenyataan itu juga menyebut, pejabat itu menegaskan bahawa laporan antara 12 September 2015 sehingga sekarang berkaitan kertas siasatan itu masih berada di Pejabat Peguam Negara dan perbincangan mengenainya masih berlangsung adalah tidak tepat dan tidak benar.

3 comments:

  1. Ini semua bukan berita lah

    Rakyat semua sudah tau keputusan AG kan

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!


    Next.......

    ReplyDelete
  2. Permainan silap mata lah tu.

    Kemungkaran manusia boleh tutup atas kuasa mereka miliki sekarang .

    Tetapi awas doa doa dipanjatkan ke Rabul Alamin pastinya terjawab.

    Manusia boleh merancang segala Curang tetapi Allah Yang Maha pemilik manusia pastinya membongkar segala keCurangan.

    Yakin lah janji Allah pasti - Janji manusia selalunya mungkir.

    ReplyDelete
  3. Ha semua rakyat dah tahu keputusan bakal dikeluarkan bom jangka sudah meletup najib sudah boleh tarik nafas panjang rohmah belh beli lagi besar beg dan lagi berat mutiara dan lagi kerap naik kapal terbang warna puteh ,istana akan terima jawapan yang diminta majlis raja-raja akan puas hati dengan penjelasa peguam negar itu ,tapi ingatlah wahai peguam negara yang dilantik tanpa restu dari rakan seperjuangan yang sepatutnya dilantik mereka tidak sama sekali merestui apa yang anda telah lakukan terutama manta peguam negara yang dipecat walau pun tidak dipecat secara resmi tapi lihatlah dihari terakhir mantan peguam itu bersara,kamu tunggulah giliran kamu akan tiba wahai peguam negar kaki ampu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa