Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 8, 2015

Siapa yang gila?: “Raja kenyataan tak masuk akal” yang baru?

Orang bodoh senang menjadi gila bila mendapat kedudukan dan fulus!

Gila jika persoal surat tunjuk sebab? Kenapa pula, Ku Nan?
02:00PM Okt 07 2015
oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG:  Sudah rasmi- setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor ialah “raja kenyataan tak masuk akal” baru parti.
Berdasarkan jumlah (dan kualiti) repekan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan kebelakangan ini, tidaklah mengejutkan sekiranya dia akan menyertai barisan Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Hassan Malek dan Ismail Sabri Yakob, yang bergabung, membentuk barisan politikus merepek tak masuk akal.
Tindakan terbarunya- menggelarkan rakan separtinya Saifuddin Abdullah gila.
Ini, kerana mempersoalkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Saifuddin kerana menghadiri mesyuarat pembangkang baru-baru ini.
Laporan memetik yang Tengku Adnan berkata sangat tidak masuk akal untuk Saifuddin memperlekehkan dan mempersoalkan keputusan parti (untuk mengeluarkan surat itu), sedangkan dia (Saifuddin) yang menghadiri perbincangan meja bulat pembangkang bulan lepas.
“Tengok Saifuddin ni. Saya telah menghantar surat kepadanya tetapi dia kata dia tidak menerimanya dan mempersoalkan saya pula.
“Hari ini dia membalas (surat itu) dan mempersoalkan saya. Kami mempersoalkan dia, dan dia mempersoalkan kami, gila kan?” dia dipetik berkata.
Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, juga berkata yang isu itu telah dipanjangkan kepada peguam mereka selain daripada lembaga dispilin Umno.
Saifuddin berhadapan dengan tindakan displin kerana menghadirkan diri dalam perbincangan meja bulat bulan lepas dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Tengku Adnan tidak membuang masa untuk terlibat dalam hal itu, serta merta mengatakan yang tindakan akan diambil ke atas Saifuddin, walaupun Saifuddin telah menjelaskan yang kehadirannya berdasarkan kedudukannya sebagai ketua NGO Global Movements of Moderates (GMM).
Katakanlah apa sahaja Tengku Adnan, tetapi rakyat Malaysia yang boleh berfikir akan dapat membezakan yang mana gila yang mana tidak.
Saifuddin dikenali sebagai lelaki yang berprinsip- seorang yang berani bersuara menentang partinya sendiri, kerana itu ialah perkara yang betul untuk dilakukan.
Kehadirannya dalam majlis pembangkang tidak bermaksud dia berpakat untuk menggulingkan parti pemerintah atau pemimpinya, yang nampaknya menjadi skrip kerajaan hari ini.
Sekiranya pemimpin Umno dan menteri boleh menghadiri perhimpunan baju merah yang mana parti itu sudah katakan tidak terlibat, dengan menggunakan alasan mewakili NGO, begitu juga Saifuddin boleh menghadiri mesyuarat pembangkang selaku pemimpin NGO.
Malah ahli lembaga displin Umno Megat Najmuddin Megat Khas juga telah memberikan kenyataan yang tiada kesalahan Saifuddin menghadiri mesyuarat itu, selagi mana dia tidak mengkritik Umno dalam mesyuarat itu.
“Sekiranya dia hanya menghadirinya, boleh sahaja. Kita juga mahu tahu apa yang Pembangkang kata dan lakukan,” dia dipetik berkata.
Semua perkara ini tidak bezanya kepada Tengku Adnan dan mereka sepertinya.
Inilah paranoia yang dimiliki oleh ramai orang yang melihat semua perkara berlaku untuk menentang kepimpinan Najib Razak dalam Umno.
“Anda perlu bersama kami, sekiranya anda tidak, anda akan disingkirkan.”
Adakah Saifuddin akan menerima amaran keras dari kepimpinan parti, atau ditunjukkan jalan keluar?
Hanya masa akan menentukan.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa