Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 8, 2015

Tak faham-faham lagi, tak tahulah......

Titah Raja-Raja Melayu amalan luar biasa

 | October 7, 2015
Najib yang bukan setakat pahlawan Bugis tetapi Orang Besar Berempat Pahang pastinya arif mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu.
kadir-najib
PETALING JAYA: Titah Raja-Raja Melayu yang supaya kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan satu amalan luar biasa yang berlaku dalam pentadbiran di negara ini.
Malah, pembabitan Raja-Raja Melayu itu dilihat satu keadaan terdesak untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyelesaikannya secepat mungkin.
Pandangan itu diutarakan wartawan veteran, Datuk A. Kadir menerusi blognya  kadirjadin.blogspot.my.
“Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi,” katanya dalam entri terbarunya.
Jelasnya, Najib sebagai pahlawan Bugis dan Orang Besar Berempat Pahang, maka beliau pasti arif mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Katanya, rakyat juga mahu lihat sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Bin Haji Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhnjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib.
Media melaporkan Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
“Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan,” petik kata kenyataan tersebut.

1 comment:

  1. Kalau sudah darah daging hasil bebende kotor , pau pau pau dari hasil gunung.

    Apa ada kesah orang cakap pasal maruah

    Orang ada maruah mesti nya tidak buat bebende pau pau pau Mat Kampau !!!!!!!!!

    Ini sampai Rakyat sudah sukarela derma harian 6% tuk bayar hutang hutang Budak Bahalol.


    Siapa ajar macam ini?????

    Kecuali Mak Bapak pon sudah darah daging Pau Pau Pau , Mat Kampau !!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa