Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 8, 2015

'tampar': Gedebe apa kalau macam ni

Tajuddin ancam 'tampar', wartawan yang kena tindakan
06:30PM Okt 07 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Jika anda adalah seorang “pembawa khabar”, Malaysia adalah tempat yang bahaya untuk anda.
Termasuklah dengan menjadi wartawan. Anda mungkin akan dipanggil untuk disoal siasat polis kerana melaporkan apa yang dikatakan menteri atau timbalan menteri.
Mangsa terbaru adalah wartawan Malaysiakini yang melaporkan kata-kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman yang mengancam untuk menampar masyarakat Cina di sini.
Memetik laman Facebook wartawan terbabit, laman Free Malaysia Today melaporkan yang beliau akan dipanggil hari ini.
Ini adalah kali pertama beliau dipanggil untuk soal siasat, sepanjang lima tahun terlibat dalam bidang kewartawanan.
“Empat hari lalu saya melaporkan kenyataan Tajuddin, dan dua jam selepas berita diterbitkan, beliau menghubungi saya dan mengancam untuk saman saya kerana memanipulasi kenyataannya. Namun sehingga sekarang, tiada tindakan diambil.
“Namun sejak itu, pegawainya menghubungi saya setiap hari…Hari ini, saya dapat tahu dari bos yang polis mahu mengambil kenyataan saya.
“Sepanjang lima tahun menjadi wartawan, ini kali pertama polis mahu merakam kenyataan…Saya harap semuanya baik sahaja,” katanya pada Isnin lalu menurut Free Malaysia Today.
Tajuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan untuk menampar itu ketika mengulas tindakan masyarakat Cina yang “membuat rungutan kepada pihak luar”.
“Saya ingin memberi amaran kepada masyarakat Cina Malaysia, jangan fikir jika anda ada masalah, anda mahu merungut – sedikit pun mahu merungut – dan ada orang yang akan beri perlindungan.
“Kena tampar, kalau macam tu,” katanya seperti dipetik.
Tidak mengejutkan apabila kenyataan itu mengundang respon negatif pelbagai pihak, termasuk MCA.
Tajuddin segera mempertahankan dirinya – pada mulanya menafikan berkata demikian, tetapi kemudiannya mengaku namun berkata sekadar melawak.
Penafiannya membuatkan Malaysiakini menyiarkan rakaman audio, yang jelas membuktikan Tajuddin memang berkata demikian.
Apabila semua langkah untuk menjustifikasikan kenyataan itu gagal, Tajuddin melepaskan tanggungjawab kepada polis untuk memadamkan kesalahannya.
Bolehkah sesiapa tolong jelaskan, apakah logiknya tindakan polis menyoalsiasat wartawan yang melaporkan kenyataan Tajuddin?
Jelas bahawa ini bukanlah kes salah lapor memandangkan wartawan itu memiliki rakaman audio kenyataan Tajuddin.
Jadi, adakah polis cuba menakut-nakutkan wartawan dan organisasi medianya, agar menarik balik laporan dan meminta maaf kepada Tajuddin? Tajuddin jelas mengeluarkan kenyataan tersebut, namun tiada keberanian untuk memikul tanggungjawab.
Jika berdasarkan logik di Malaysia hari ini, tidak salah menjadi politikus yang korup. Begitu juga dengan menjadi pentaksub yang mengancam untuk menampar dan mendatangkan kecederaan fizikal kepada kaum lain.
Tindakan-tindakan ini tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. Namun lain ceritanya bagi sesiapa yang membuat laporan tentangnya.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

3 comments:

  1. Negara akan di pandang hina oleh Rakyat Luar jika baca bebende bodoh tiada nilai ekonomi ini

    Lebih hina bila di dapati menteri tahap bahalol keluarkan kenyataan bahalol begini

    Bila keraajaan di tahap bahalol , common sense boleh kata nilai mata wang nya juga tahap bahalol....

    Macam Pundek !!!!! kalau kata bebudak kampong....

    ReplyDelete
  2. Standard menteri Malaysia macam sampah

    ReplyDelete
  3. Sampah? Janganlah kita menghina sampah kerana sampah itu berasal dari benda yang berguna dan bernilai yang telah memberikan khidmat dan nilai kepada penggunanya sebelum menjadi sampah. Tetapi menteri2 UMNO dan spesis2 yang sama jenis dengannya memang sejak dari mula lagi mereka itu tidak berguna satu sen (atau ikut pemahaman Najib dan Zahid, "unit") pun. Apa yang lebih tak bernilai dari sampah? menteri2 dungu dan bebal seperti si Tajuddin ni! Mereka bukan sahaja menghabiskan duit rakyat yang membayar cukai bahkan mereka langsung tak memberikan apa2 pulangan pun kepada rakyat. Elok semua2 menteri2 ni terutamanya tengku adnan dihantar ke Parlimen dan dikerah melakukan kerja2 pembersihan daripada menyuruh mereka memegang jawatan2 yang amat jelas mereka tidak mampu untuk sandang dan laksanakan. Tapi mungkin juga kerja2 pembersihan pun mereka tidak berupaya jalankan kerana pemimpin2 UMNO ni memang terkenal sebagai banyak bercakap, tak pandai pakai otak dan langsung tak reti nak buat kerja.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa