Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2016

Adik Zahid umum tak mahu terlibat lagi dengan perniagaan di Malaysia

Adik Zahid umum ‘tutup buku’ perniagaan di Malaysia

 | February 18, 2016
Abdul Hakim mengumumkan sudah tidak terlibat lagi dengan sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing ke negara.
abdul-hakim-hamidi_asing_600
PETALING JAYA: Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, Datuk Abdul Hakim Hamidi menegaskan untuk tidak lagi menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.
Abdul Hakim, adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga.
“Pihak keluarga telah nasihatkan saya supaya tidak lagi meneruskan apa-apa aktiviti (perniagaan) yang melibatkan kementerian terutama yang melibatkan abang saya.
“(Keputusan itu dibuat) atas nasihat keluarga kerana lebih baik kita jangan buat (sebarang) perniagaan di negara ini, kami telah tutup buku untuk perniagaan di Malaysia.
“Untuk pengetahuan, kita sudah tidak terlibat lagi dengan (sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing) semua kita dah ‘cut off’,’ katanya seperti yang dilaporkan SuaraTV.
Jelasnya lagi, tidak wajar sekiranya isu kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini dikaitkan dengan kronisme sedangkan beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut.
“Sebenarnya masalah kronisme ini tidak wajar dikaitkan dengan saya kerana saya sendiri mempunyai kelulusan dalam bidang ‘retro mekanikal’ manakala perniagaan saya difokuskan dalam bidang teknologi maklumat (IT).
“Malah sebelum Ahmad Zahid menjadi ahli politik dan kemudiannya dilantik sebagai menteri saya telahpun berada dalambidang teknikal IT ini.
“Secara kebetulan apabila beliau dilantik sebagai menteri yang menerajui Kementerian Dalam Negeri adakah tidak wajar untuk saya memberikan pandangan berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang ada?
“Apakah hanya disebabkan abang saya menjawat jawatan menteri saya perlu menutup semua pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada?, soalnya.
Abdul Hakim turut menegaskan, adalah tidak wajar beliau dihukum hanya kerana mempunyai seorang abang yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
“Saya rasa ini sudah tidak adil dan tidak demokratik, sebagai contoh andai kata abang saya merupakan seorang kapten kapal dan saya merupakan salah seorang penumpang kapal tersebut.
“Dan kebetulan kapal tersebut mengalami (masalah) senget dan bocor, apakah saya tidak lagi boleh memberikan sebarang pandangan dan pendapat hanya kerana abang saya merupakan kapten kapal tersebut.
“Apakah wajar kita membiarkan semua penumpang kapal mati sedangkan saya (berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada) tahu kaedah untuk membaikpulih masalah tersebut,” katanya.

13 comments:

  1. Woi jawa, ko jangan cakap banyak la wei..! Rakyat dah meluat kat abang ko termasuk semua yang berkaitan dengan dia si jawa.. tuuuuih!

    ReplyDelete
  2. Tunggu lah masa segalanya akan terbongkar, kepakaran atau kronisme. Insha Allah akan tunjuk kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Cuma ada satu kpl sahajakah di mlysia ni..dan cuma ada seorg saja kah pakar di mlysia ni..?

    ReplyDelete
  4. “Saya rasa ini sudah tidak adil dan tidak demokratik, sebagai contoh andai kata abang saya merupakan seorang kapten kapal dan saya merupakan salah seorang penumpang kapal tersebut. “Dan kebetulan kapal tersebut mengalami (masalah) senget dan bocor, apakah saya tidak lagi boleh memberikan sebarang pandangan dan pendapat hanya kerana abang saya merupakan kapten kapal tersebut.

    ?????..Kah..Kah..Kah..

    ReplyDelete
  5. Jangan samakan dengan kapten kapal, itu takde kaitan, kalau kau dapat selamatkan penumpang kapal pun, kapten tidak bagi apa2 pun pada kau, tapi ini berkaitan lesen yg kuasa meluluskan adalah abang kamu, tidak ada siapa nak halang kamu berniaga, tapi jangan meniaga yg saudara mara kamu ada kepentingan, kami tak percaya kamu tidak mahu lagi berurusan, syarikat baru boleh dibuka sebagai proksi, kamu memang ada syarikat dibangladesh, maka urusan kamu diluar negara, mou ni dah dibuat dari tahun 2014 lagi, kamu dah banyak keluar belanje untuk buat proposal, takkan kamu nak lepaskan begitu saja...berniagalah dengan jujur supaya diberkati Allah, hasil keuntungan yg kamu dapat akan jadi darah daging keluarga kamu, takkan kamu sanggup bakar keluarga kamu dengan api neraka.. ini nasihat saja..hanya diri sendiri yg tahu kita ini jujur atau tidak..wassalam

    ReplyDelete
  6. anak saudara ramai boleh bantu mereka kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Cakap je .. Nampak duit berjuta juta hilang semua janji

    ReplyDelete
  8. Dia tutup bisnes di Malaysia... pi buka bisness di Bangladesh. Sama ja... lagi untung ...

    ReplyDelete
  9. Dia tutup bisnes di Malaysia... pi buka bisness di Bangladesh. Sama ja... lagi untung ...

    ReplyDelete
  10. Ni semua wayang jowo..
    Tutup bisnes konon,register co lain pastu jadi dalang belakang tabir..
    Politik bisnes umno semua org dah boleh baca,
    Cuma walaun pas saja yg buta..
    Tak pecaya coba tanya pakar ekonomi pas,din ayam..

    ReplyDelete
  11. kalau bin haramjadah tetap haramjadah

    ReplyDelete
  12. Bullshit la ...perjanjian da termeterai hari nie..so matlamat da accomplish..memang rakyat bodoh la nie

    ReplyDelete
  13. Bullshit la ...perjanjian da termeterai hari nie..so matlamat da accomplish..memang rakyat bodoh la nie

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa