Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 5, 2016

AG masih boleh didakwa

Ragunath: Peguam cara negara boleh dakwa AG
Alyaa Alhadjri - 
Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata seandainya penyiasatan dijalankan terhadap peguam negara (AG) sebagai ketua pendakwa, peguam cara negara sebagai orang kedua di Jabatan Peguam Negara, boleh membuat keputusan sama ada hendak mendakwa atau pun tidak.
Seandainya keputusan untuk mendakwa AG dibuat, mana-mana timbalan pendakwa raya (DPP) adalah kompeten untuk mengendalikan tugas itu, kata Ragunath.
"Tidak semestinya peguam cara negara yang mendakwa (AG). Mana-mana DPP boleh, tetapi arahan itu mestilah dari peguam cara negara.
"Begitulah caranya dan ia harus dilakukan demikian.
"Ini adalah prinsip am undang-undang (walaupun) kamu tidak akan temui mana-mana undang-undang (dengan jelas) menyatakan demikian," kata Ragunath kepada Malaysiakini.
Peguam cara negara sekarang ialah Datuk Azailiza Mohd Ahad (gambar).
Ragunath berkata walaupun jika kes itu semudah membawa seorang AG ke mahkamah kerana saman trafik, ia akan menyebabkan berlaku konflik kepentingan, yang memerlukan peguam cara negara mengambil alih kedudukannya itu.
Peguam kanan itu berkata demikian dalam respon kepada bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Mohamad Ramli Manan, yang berhujah semalam bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali boleh disiasat bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan jenayah melindungi pesalah.
Sebagai alternatifnya, Ramli berkata, siasatan boleh dijalankan bawah Seksyen 217 atau 218 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjawat awam yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta.
Ia berkaitan dengan keputusan Apandi baru-baru ini untuk menutup kes berdasarkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes RM42 juta daripada SRC International dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Apandi juga didakwa menolak permintaan SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut di bawah perjanjian antarabangsa Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
Peguam Yusmadi Yusoff menegaskan bahawa terdapat satu duluan berhubung kemungkinan berlaku konflik kepentingan ketika waktu pendahulu Apandi sebelum ini, Tan Sri Abdul Gani Patail.
'Ada duluan'
Yusmadi (gambar), yang juga bekas anggota Parlimen Balik Pulau, berkata ini berlaku semasa perbicaraan kes Liwat II Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beliau membantah penglibatan Gani dalam kes itu.
"Difahamkan pada waktu itu, perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi respon kepada bantahan awam dan mengumumkan AG (Gani) tidak akan terlibat dalam kes Anwar," kata Yusmadi.
Perkara itu dibangkitkan oleh peguam utama Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah, yang pada 10 September 2008, membantah permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Sulaiman berhujah bahawa Gani terlibat dalam laporan polis yang dibuat Anwar yang menuduh AG ketika itu dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan melakukan penyalahgunaan kuasa dalam pertuduhan liwat pertama terhadapnya pada tahun 1998.
"Pak Lah telah memperlihatkan kesungguhan politik," kata Yusmadi dalam menyatakan bahawa tidak ada undang-undang bertulis untuk memaksa AG berundur dalam situasi konflik kepentingan yang didakwa berlaku.
Ia juga melaporkan bahawa Abdullah telah, pada 19 Julai 2008, mengumumkan bahawa Gani dan Musa akan dikecualikan daripada terlibat dalam kes itu selepas Anwar menuduh kedua-duanya telah mereka keterangan palsu terhadapnya dalam insiden "mata lebam" tahun 1998.
Mengulas lanjut, Yusmadi menyuarakan kebimbangan bahawa peranan Apandi dalam membersihkan Najib, diselubungi keadaan misteri, bermula dengan pelantikannya sendiri sebagai peguam negara untuk menggantikan Gani.
Oleh itu, beliau juga menggesa Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat tuduhan terhadap Apandi, dan selepas itu, jika didapati ada salah laku, untuk melantik seorang AG baru bagi mendakwa Apandi.

3 comments:

  1. Nak mengesa Yang Dipertuan Agong kita ini siapa dan siapa pula yang akan menasihatkan YDPA kalau Najib sendiri bukan lebih jelas jika Yang dipertua Dewan Rakyat sendiari yang boleh memberikan untuk bawa usul dalam dewan bagi menubuhkan suruhanjaya itu baru ikut saluran bukannya suruh najib nasihat Agong bagi menubuhkan suruhanjaya siasatan.Dipalemen semua wakil boleh bersuara kecuali kaki pengampu dan bodek saja yang tidak akan setuju termasuk presiden PAS.

    ReplyDelete
  2. semua boleh didakwa dengan syarat ada keberanian
    kalau tidak ada tinggal cakap cakap sahaja
    berapa lama manusia nak hidup pun
    tunggulah panggu masing masing kat dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. Persoalannya mengapa raja2 melayu banyak berdiam diri dlm kes najib?
    Najib tau banyak dan simpan rahsia2 raja2 melayu,begitu juga pm2 sebelum najib.
    Kalau rajin buat pencarian,sila cari susurgalur keturunan raja2 melayu..
    Siapa dia,bapa dia,datuk dia,asalnya raja atau bendahara atau temenggong..
    Rajin2 la godek sikit sejarah,in sha Allah berjumpa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa