Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 16, 2016

Alaa........tukar bahagian pun bising ka?

Ditukar tanpa alasan, Zamihan mahu bertemu menteri
OLEH NABIHAH HAMID
Published: 16 February 2016 7:23 PM
Pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin berkata beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah walaupun tidak menjadi penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016.

Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

 "Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.

"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.

"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.

"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).

Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.

"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.

"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.

Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.

Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka. – 16 Februari, 2016.

# semasa aku dalam perkhidmatan, entah berapa kali bertukar bahagian. Aku tak tanya pun sebabnya. Cuma sebelum ditukarkan, Bahagian Pengurusan/Pentadbiran akan memaklumkan dulu sebelum keluar surat arahan

8 comments:

  1. buat malu ahli sunnah waljamaah aja presedent macam ni. Letak jawatan le standard lebih kurang macam macai Umno aja

    ReplyDelete
  2. Haha. Ahli sunnah wal jima'i. Baru padan muka. Cakap degar2. Taik lekat celah gelegar. Malu presiden ahli sunnah lagu ni. Sikit2 nangis. Terus nk jumpa boss besar zahid komedy. Bos kecik munkin gred 48 jer. Haha. Berlagak n bodek zahid tpm. Nk jadi pendakwah ke pendakyah? Kahkah. Kelakor ustaz zamihan kiter.

    ReplyDelete
  3. nak benteras ajaran sesat konon
    walau aswj tapi berapa banyak aswj yang bawa ajaran yang sesat dah dibetulkan
    kalau hukum jinayah dari Allah tak sesuai di negara Islam ni hanya kerana alasan songsang itu pun ajaran sesat jugak ni lagi bahaya
    amalan pakaian macam kpair tu pun ajaran sesat jugak
    oi banyak oi kalu nak sebut sesat yang tidak endahkan
    mamat ni duk diam lagi baikla
    nak buat kerja kerana Allah buatla apa nak rioh rendah

    ReplyDelete
  4. Ustaz zamihan. Hangpa ni ceroi lah. Kehkehkeh. Next time. Jgn lautan nak diduga kalu kail hanya sejengkal. Ukur baju badan sendiri. Kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. Ingatkan nak bodek menteri. Tak tahu protocol.. Cakap saja pandai. Ada PhD tapi akal tak nak guna.
    Konon nak letak jawatan.. Ada berani ka...
    Nanti kalau Tak ada orang jemput baca DOA, boleh cari makan ke. Ustaz akhir zaman yang jual agama. Setakat maki hamun, cerca, kafirkan orang .. budak sekolah menengah pun boleh.. Ramai yang dah "fed-up" orang macam ni.

    ReplyDelete
  6. Psl pe debat tu dibatal?...xde org tanye pula.Takut ke Maza?? Xadil nya dunia.Lupa pula Shahidan dah ngaku Maza tu gurunya..Tkkn nk bhai tg malu kalah brdebat kn3??

    ReplyDelete
  7. Psl pe debat tu dibatal?...xde org tanye pula.Takut ke Maza?? Xadil nya dunia.Lupa pula Shahidan dah ngaku Maza tu gurunya..Tkkn nk bg tg malu kalah brdebat kn3??

    ReplyDelete
  8. Psl pe debat tu dibatal?...xde org tanye pula.Takut ke Maza?? Xadil nya dunia.Lupa pula Shahidan dah ngaku Maza tu gurunya..Tkkn nk bg tg malu kalah brdebat kn3??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa