Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

Apa khabar PAS sekarang di kawasaan Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak

Tinjauan Perkembangan Semasa PAS
Posted on Thursday, February 18 @ 14:24:06 MYT by paktam
Oleh Hisommudin Bakar
Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir.

Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidk dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pas sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

Selain itu, Lujnah yang ditubuhkan juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

2) Pesuruhjaya Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah.

Razman, PJ Perak. Lebih mengundang kontroversi daripada reputasi mengangkat imej parti di negeri yang mempunyai komposisi demografi Mini Malaysia.

3) Kerjasama Umno; rata2 sukar menerima pendirian parti terbaharu atas konsep taawun. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pas dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

Bayangkan selama ini ahli Pas bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka. Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian Pas dengan Umno ini.

4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pas masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Parti Amanah Negara. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pas bahawa Pas masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pas amat bermasalah.

5). Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pas kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

Hisommudin Bakar
ILHAM Centre

5 comments:

  1. siap pulut bungkuih dan bungkuih dulu apa yang patut

    ReplyDelete
  2. No news is good news. Gitulah nasib pas chai di negeri utara. Hadi awe lantik pesuruhjaya org tk kenal pon. Kuasa veto bebb. Ajk pas main yess jer. Semua wala unta. Kehkeh

    ReplyDelete
  3. Mana ada kualiti kepimpinan mr presideng skrg!!!!
    Buat malu je bla kluo jwpn nya tntg sesuatu isu!

    ReplyDelete
  4. Pas akan melepas. Hanya tinggal hamPAS. Buat makanan itek serati. Kehkeh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa