Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

Apa masalahnya........kankah Amanah akan bertahan dua tahun saja.......akan mati sebelum PRU14!

AHAD, 21 FEBRUARI 2016
MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’
ROSALWANI CHE SOH
Mohd Ammar (lima kiri) bersama pimpinan Pas Kelantan dalam majlis Pelancaran Jentera Parti sempena PRU14 semalam.

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak ‘kacau daun’ dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN)  untuk menakluk negeri ini.

 “Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas.  Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju,” katanya.

 Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam.

 Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu  mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik.

 Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut.

 “Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya.

 Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya.

 “Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi,” katanya.

11 comments:

  1. Rasanya tak sempat Nik Amar nak jadi MB...

    ReplyDelete
  2. Nik amar nie bapak punya bongkak..... Mulut cukup kurang ajar dan cekupar

    ReplyDelete
  3. perancangan utk umno memerintah kembali di kelantan telah disusun rapi..

    ReplyDelete
  4. Nik amar mb ker? Alamak negeri pon boleh jual woiii. Lebai pas chai boleh ler. Kehkeh

    ReplyDelete
  5. Mat sabu,,,,ketika dlm pas pun tak menang,,apatah lagi setelah berada d luar,,mcmna amanah nak tawan Kelantan? Konon nak lawan bn umno, tapi nak bertanding d setiap kerusi yg pas bertanding,, bukankah itu menolong umno secara tidak langsung?

    ReplyDelete
  6. Aku takut pru14 pas tak dapat lagi perentah Kelantan kerana keceluparan mulut pemimpin pas ini.

    ReplyDelete
  7. Aku takut pru14 pas tak dapat lagi perentah Kelantan kerana keceluparan mulut pemimpin pas ini.

    ReplyDelete
  8. Ustx Gu-ummno meme tok guno
    Hukong hudud djdke mangso
    Pakak gilo reto dunio
    Doso pahalo samo belako

    ReplyDelete
  9. Bagauslah pas tak dapat perintah Kelantan, biar umno la pulak. Pas lama dah. Tapi,, pan,,jgn mimpi la. Jgn hilang wang deposit dah le,,itupun cukup baik. Nak tawan Kelantan,,, mimpi ko...

    ReplyDelete
  10. Tgk jela...cite banyak pun x guna....kelate hebat masa arwah tgna saje...rakyat kelate bkn dungu mcm org ganu...lebih2 area marang...

    ReplyDelete
  11. Kalu ada mana2 badan bebas boleh lah buat kaji selidik mengenai kkuatan pascai di kelantan masa ini. Mampukah nik amar ang the gang teris mmerintah. Bagi ambo pengundi di kb pascai akan mampus unt pru 14 nanti. Kenapa ? Bukan kerana ada org yg "kuca daun" ttp bodoh ditipu umno serta gaya hidup pmimpin pascai kelantan. Harap jawab soalan dato husam musa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa