Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 2, 2016

Apa pilihan PAS: Najib atau Rakyat Kedah?

Hadi kata PAS berkecuali : MB Kedah: PAS Berkecuali, Selesaikan Segera Menurut Demokrasi. -Presiden PAS

Ahli Parlimen PAS sepentas dengan Mukhriz, sokong MB Kedah kekal
OLEH MD IZWAN
Published: 2 February 2016 7:08 AM
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir melambaikan tangan kepada penyokong bola sepak Kedah FA semasa perlawanan persahabatan di antara pasukan itu dengan Sungai Ara FC di Stadium Darul Aman, Alor Star, malam tadi. Turut kelihatan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (dua dari kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2016. 

Pemimpin kanan PAS, Datuk Mahfuz Omar duduk sepentas bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika menteri besar Kedah itu berdepan tekanan dalaman partinya sendiri supaya meletak jawatan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi.

Mahfuz yang sebelum ini lantang mempertahankan Mukhriz tidak bersetuju dengan tindakan Umno untuk menukar menteri besar penggal pertama itu kerana ia menyusahkan rakyat.

"Saya tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat Najib (Datuk Seri Najib Razak) sehingga menyusahkan rakyat," kata Mahfuz kepada pemberita semasa ditemui malam tadi.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berpakaian jersi pasukan bola sepak Kedah, juga mengiringi Mukhriz yang turun ke padang bola sepak untuk berucap di hadapan kira-kira 10 ribu rakyat Kedah.

Menurutnya, tindakan perdana menteri yang menjadi "perancang utama" untuk menukar Mukhriz tidak wajar kerana ia semata-mata demi kepentingan politik peribadinya.

"Ini menunjukkan tindakan dan langkah yang diambil Najib sangat tidak wajar, hanya semata-mata nak hapuskan musuh politik mereka, ini tak wajar," kata bekas Yang Dipertua PAS Kedah itu.

Beliau juga mencabar Najib menyatakan kesalahan yang dilakukan Mukhriz sehingga mahu menyingkirkannya sebagai menteri besar.

"Bagi saya katakan saya apa perlu, alasan, tolong bagi tahu apa kesalahan Mukhriz sehingga menyusahkan rakyat di Kedah. Apa masalahnya?

"Adakah kesalahannya lagi besar daripada Najib," kata Mahfuz.

Kehadiran Mahfuz ini bakal memberi tamparan kepada usaha Umno Kedah untuk menukar Mukhriz selepas Jemaah Diraja Kedah memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang menghadap hari ini.

Semalam, semua Adun Barisan Nasional (BN) menghadap Istana Kedah, bagaimanapun selepas pertemuan tiada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenai menteri besar baharu.

Mukhriz mengucapkan terima kasih kepada Mahfuz yang turut bersamanya dalam berdepan kemelut politik di Kedah.

Kemelut politik Kedah sudah berlarutan lebih seminggu selepas sidang media diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, tanda tanya mengenai menteri besar baharu menjadi misteri kerana Najib masih tidak mengumumkannya walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan calon pengganti Mukhriz. – 2 Februari, 2016

- Lagi barkaitan: Jemaah Diraja Kedah jumpa wakil pembangkang pula

4 comments:

  1. ahh pas lagi teruk dah 1oo tahun puak2 umno pesan dap x bleh pakai kat dia..bila dia kelua dan bantai dap mcm2 sekrang secara otomatik ape yg puak umno cakap tu betol..last2 dia pulak nak nasehat puak yang lagi nampak dari puak dia yg x nampak..

    semoga tg harun din kelua la dari pas tu 1 hari t...

    ReplyDelete
  2. Aku nk tgk jee... bila dh jd exco nnti... apa plop alasan diberi

    ReplyDelete
  3. Disebabkan menteri besar kedah dari umno,hadi marang nak berkecuali..
    Andaikata menteri besar kedah dari DAP,semua kita tau hadi marang nak berpihak pada siapa..
    I help u,u help me

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa