Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2016

Betul tu........daripada pong pang di maya, lebih baik berdepan. Ada berani?

Srikandi PKR cabar anak Zahid debat

 | February 17, 2016
Srikandi PKR mengharapkan Nurul Hidayah menerima cabaran debat dan tidak hanya lagak berkokok di media semata-mata.
Nurul-Hidayah_warga-asing_600
PETALING JAYA: Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurul Hidayah Zahid Hamidi untuk berdebat isu warga asing.
Naib Ketuanya, Farah Afzan Faridi membuat cabaran itu susulan kenyataan Nurul Hidayah yang menganggap isu kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh bukan isu besar.
“Srikandi keadilan dengan ini memanjangkan jemputan untuk mencabar Nurul Hidayah Zahid Hamidi untuk ke pentas debat terbuka antara beliau dengan Ketua Srikandi Keadilan YB Senator Siti Aishah Binti Shaik Ismail bagi beliau menjawab segala persoalan yang telah dibangkitkan.
“Kepada Nurul Hidayah saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Nurul Hidayah berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai suatu isu yang kecil dan tidak seharusnya diperbesarkan. 


Menurutnya, perkara utama adalah cara untuk membentuk rakyat Malaysia, khususnya belia menghormati negara sendiri tanpa melaporkan perihal negara kepada negara luar.


“Persoalan pertama yang dibangkitkan ialah siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ikon belia jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini.


“Srikandi Keadilan kesal dengan beberapa siri komen dan ulasan yang dibuat oleh beberapa pimpinan UMNO Barisan Nasional terutamanya Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing yang akan dibawa masuk ke negara ini. 


“Isu ini menjadi hangat apabila menteri dan kerajaan mengambil pendirian untuk mengeluarkan komen-komen yang bersifat biadap yang menjadikan rakyat dan golongan belia sebagai sasaran terhadap sindiran mereka,” kata Farah Afzan

1 comment:



  1. Singapura memilih yg ter PILIH drp kalangan pakar-PROFESIONAL jk berminat utk berkhidmat kenegara itu..itu pun dgn syarat2 yg sgt ketat,

    Wpun mrk mngambil pekerja2 am dan bawahan drp luar ttpi syaratnya trsgt2lah KETAT n tiada seorg pun yg dpt LEPAS tanpa dokumen yg sah sprt JUTAAN warga asing yg bebas berkeliaran dnegara ini...lebih bebas drp kandang LEMBU!

    Ramai pakar-PROFESIONAL dr Malaysia yg bekerja disana krn mrk tiada peluang dnegara ini krn wawasan PEMIMPIN dnegara ini yg lebih mmentingkan LOW-class-IQ yg lebih rendah drp LEMBU yg bebas berkeliaran didepan mata kita skrang!!

    Ular2Semak yg brjubah kopiah dan serban pun nampak galak sama2 mengerumuni BANGKAI & dah jd lebih jauh tololnya drp ANJING yg mnyalak babi sedondon 'ddlm' bukit itu!??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa