Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 10, 2016

Bongkar penyelewangan Mufti Perlis atau serlahkan kedangkalan Zamihan?

Debat: Zamihan mahu bongkar penyelewangan agama Mufti Perlis
10 Februari 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Presiden Aswaja Zamihan Mat Zain

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin akan membongkar segala penyelewengan agama yang menyebabkan Mufti Perlis Datuk Dr. Asri Zainul Abidin dilarang berceramah di Kedah,Selangor dan Johor  dalam debat yang akan berlansung pada 17 Februari ini.

Zamihan berkata, beliau akan membongkar segala penyelewengan agama oleh Asri yang menyebabkan beliau dilarang berceramah di Kedah,Selangor dan Johor dalam debat tersebut.

Beliau akan menjemput polis cawangan khas dari Bukit Aman, pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa mufti untuk menyaksikan debat yang akan berlangsung di Auditorium UnitPenyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada jam 9malam itu.

“Semalam saya jumpa setiausaha Shahidan Kassim dan saya maklumkansaya setuju untuk debat 17 haribulan ini.

“Ini saat-saat yang kita tunggu, saya akan bongkar semua penyelewengan mufti Perlis satu persatu.

“Saya tak gentar untuk bongkarkan betapa menyelewengnya ajaran agama yang dibawa oleh mufti Perlis dan itu menjadi sebab dia dilarang berceramah di Kedah, Selangor dan Johor,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Zamihan sebelum ini bersedia mengadakan perdebatan dengan Asri yang  didakwa mengaitkan dirinya dengan elemen pro syiah, ekstemis takfir dan sesat.

Kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula mencadangkan satu wacana ilmu diadakan melibatkan Asri dan
Zamihan.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mencadangkan wacana itu diadakan pada 10 Februari ini dan dipersetujui oleh Asri.

Bagaimanapun, Zamihan berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.

Mengulas lanjut, Zamihan berkata, walaupun cabaran debat itu dilontarkan pada 4 Februari lalu namun Asri tidak menyambutnya sehinggalah Shahidan mencadangkan wacana ilmu itu diadakan.

“Saya kata kalau dia (Asri) betul-betul mufti, ada ilmu,anak jantan kita debat cara ilmiah. Itu saya kata saya bersedia 24 jam untuk berdebat dengan dia.

“Dah tiga empat hari cabar debat senyap sahaja. Lepas itu tiba-tiba bila debat ini dicadang oleh Shahidan Kassim dia mula tunjukkan kesungguhan dia untuk debat. Shahidan kassim pula arahkan setiausaha kerja supaya keluarkan surat debat 10 haribulan dan diviralkan dalam media sosial sedangkan setiausaha dia tak hubungi saya.

“Saya kata saya tak dapat hadir 10 haribulan kerana memulihkan pengganas dan penjenayah tegar di Penjara Machang, Kelantan,” katanya lagi.

Debat itu akan diadakan secara tertutup dan akan dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang terdiri daripada ahli akademik, agamawan dan pegawai agama.

8 comments:

  1. penyelewengan ape? duit.kuasa ? tugas mufti?

    ReplyDelete
  2. Kes2 penyelewengan harta rakyat,penindasan peguasa terhadap rakyat,kehidupan mega mewah pemimpin...siapa kalangan mufti yg bersuara?..hnya dr maza je.yg lain2 termasuk kamu so..nyap jo..

    ReplyDelete
  3. Tak yah kecek bnyklah.bikin serabut.
    Buat persediaan utk debat udah.
    Bising x abis2.

    Mcm perangai org zaman putung beraap plak aku tgok bisingnya.
    Tunjukkan ketemadunan diri.
    Aku nak tgok nanfi sape yg berhujjah mcm style bdk skolah rendah antara 2 org neh...
    Jgn marah kalo org bedal...
    Berani buat berani tanggung
    Kat dunia tu.
    Blom akhirat lg...
    Aku doakan yg terbaik,utk kedua2nya

    ReplyDelete
  4. Zamihan ni berdegar kokok. Siap nk bawak member sb lagi. Tanda org penakot. Cakap pong pang2. Mcm prof. Nor derih n wan semail jirat. Aku takot debat batal jer. Puak ni action lebih maa. Mau bodekk najib. Tu buat di Jpm tu. Haha

    ReplyDelete
  5. Melayu juara bergasak mcm2 hal - politik, ekonomi, agama!

    ReplyDelete
  6. Aku tengok Zamihan ni,.lebih kepada dendam peribadi, kalau dah belajar tinggi2 tu gunakan akal x boleh ke berjumpa secara peribadi dgn seterusnya bagi menyelesaikan masalah,.ini sebok melaung Tak tentu pasal,. Dan senang nya menuduh seterusnya sebagi pengamal wahabi,.kalau dah sesorng yg meganut Agama Islam, pada asasnya telah mengucap dua kalimah syahadah,. Mematuhi rukun Islam n Iman,.maka Islam lah dia,.serta rata2 umat Islam di Malaysia bermazhabkan Imam shafiee,.selain berpandukan tiga mazhab yg lain,.dah tu apa nk di kecuhkan lagi,.jangan terlalu ego Dan menegakan benang yg basah dalam memperkayakan Ilmu agama Islam Dan jangan memperkasakan diri dengan mengunakan siku n lutut,.tak ada maknanya,...

    ReplyDelete
  7. Zamihan ni mcm alim. Alim kucing sajalah. Nk dapat perhatian najib rosmah. Tk pernah dengar dia kritik najib rosmah. Maknanye suka umno le tu. Haha. Dengar kabar dah pakai Audi. Olamak porn pun dah pakai vellfire. Oppps. Nak tambah. Aku nk gelar zamihan ni olamak alim taik kucing. Haha

    ReplyDelete
  8. Aku tengok zamihan ni kokok berdegar. Taik lekat celah gelagar. Phd dah bolehker? Itu jadi bangga dan riak. Firasat ku dia telah tertipu dgn phd nye. Bidang apa usuludin? Berlagak ulamak tp jahil. Wallahuaklam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa