Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 1, 2016

Celarukah kepimpinan Ulamak?

KECELARUAN DALAM KEPIMPINAN ULAMA

PAS selalu bercakap tentang 'kepimpinan ulama' bagi mereka ialah bentuk Kepimpinan yg ideal. Mungkin kerana  hadis mengatakan ulama itu waris nabi-nabi (al-ulamaa warith al-anbiyaa) walaupun hadis itu tidak mentakrifkan langsung siapa itu 'ulama'. Ini sebenarnya sendiri label sendiri angkat atau seperti masuk bakul angkat sendiri....

Falsafah pemerintahan PAS  mereka cuma ingin kan negara islam yg bertulang belakangkan undang-undang syariah.

Seperti mudah sahaja negara islam dengan undang-undang dberi allah. Jadi mengapa kita perlu ada kepimpinan ulama pula? Buka saja kitab-kitab hukum syariah dan ambil saja hukum yang tertera di dalamnya.

Berbalik kepada konsep 'kepimpinan' yang  berkaitan dengan kemajuan, adakah PAS berjaya membawa kemajuan? PAS pernah dberi kepercayaan mentadbir 3 negeri suatu ketika dulu tetapi tiada kemajuan yang boleh kita amati.

Kelantan tidak berjaya mendirikan institusi yang menjadi perintis dalam bidang sains dan teknologi mahupun dalam pengajian kemanusiaan. Yang ada cuma undang-undang yang kononnya dapat mencegah maksiat.

Dimanakah kepimpinan ulama pada kala negara dunia menghadapi masalah. Ketika ini negara kita menghadapi masalah kewangan di mana nilai ringgit Malaysia semakin menjunam berbanding nilai mata wang Amerika, Britain Singapura dll. Apakah jalan penyelesaian serta nasihat yang dberikan oleh 'Ulama'?. Adakah mereka ada pendekatan dan jalan penyelesaian mengenai masalah ekonomi yang lain?

Adakah PAS mahukan kepimpinan ulama hanya kerana hadis atau pada hakikatnya ulama satu-satunya golongan yang bole membawa kejayaan dunia?

Dalam erti kata lain kepimpinan ulama boleh diamalkan berpuluh tahun tanpa sebarang kemajuan dan apabila kita mempersoalkan kita akan disuruh 'bersabar' dan 'bertawakal'.

Mentaliti ini tidak sesuai dengan alam politik. Dimana alam politik kita berpijak di bumi yang nyata bukan kita berada dialam fantasi tetapi kita berada dialam realiti. Jadi walaupun negara dalam keadaan penuh dengan kepincangan alasan yang bole diberi ialah 'hidup didunia ini tidak bermakna kita tunggu di akhirat kelak' maka alasan itu tidak boleh diterima kerana kita hidup di alam nyata dan akan mengalami semua keperitan hidup.

Jadi apakah situasi kepimpinan ulama dialam realiti?..

Sebenarnya kepimpinan ulama dalam situasi harini lebih membawa kepada kepincangan ini kerana sistem pendidikan agama tidak mementingkan pemikiran rasional dan sikap mempersoalkan dogma. Kita tidak boleh mengharapkan kepimpinan ulama bole membawa manfaat kepada manusia sejagat.

SALAM REFORMASI
SALAM PAKATAN HARAPAN
#BEBASKAN DSAI
#LAWANTETAPLAWAN

YOSHINOBIDA & PUTERI EMELYN
  • 31/01/2016

3 comments:

  1. Boleh bagi ceramah dan cakap pasal agama boleh cop sebagai ulamak..

    ReplyDelete
  2. Ulamak tak menjeratkan diri mereka dalam politik kerana ia menggelapkan hati ( zulmat ).Dalam pas tak ada Maulana ( anugerah maulana bilamana seseorang itu bukan sahaja penghafal quran/hafiz dan mengajar pelajar hafiz dan meningkat darjat kepada Muhadditsin (penghafal hadis), dia juga meningkat darjat kepada Sheikul Hadis (iaitu guru mengajar penghafal hadis) juga mahir perihal 4 mazhab (hambali, hanafi, maliki dan syafiee) maka hamba Allah ini Allah anugerahkan darjat Maulana. Jangan dipersendakan perkataan maulana dengan ungkapapan "ya habibi ya maulana - sakit gigi tak boleh lena". Dalam pas ada ular dalam semak dan taraf mereka adalah 'alim (ertinya berpengetahuan dalam peringkat arif/mahir didalam satu satu disiplin ilmunya., co.ntoh dibidang jenayah, ilmu fikah, usuluddin....). Walak al balak ni nampak macam cenderong gaya syi'ah, dalam pas ada syi'ah hoi !

    ReplyDelete
  3. Puak2 walaun tu syiah ke?..wala membabibuta?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa