Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

Eloklah tu..........UMNO rompang, PAS tempang!

Muhyiddin cabar Ku Nan dakwa jika beliau langgar perlembagaan Umno
OLEH KC NAZARI
Published: 20 February 2016 5:37 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno supaya jangan berani mengambil tindakan ke atasnya melainkan ada bukti beliau bersalah melanggar perlembagaan parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar kepimpinan tertinggi Umno bertindak terhadapnya jika beliau melanggar mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti sejak mula dilihat kritikal terhadap pentadbiran negara.

Katanya, beliau tahu Umno sudah meneliti ucapannya sejak Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan akan menyiasat ucapannya dahulu.

"Saya hendak ingatkan setiausaha agung dan semua yang berada di atas, melainkan anda ada bukti yang tindakan saya benar-benar salah daripada segi perlembagaan, kamu jangan sama sekali berani ambil tindakan pada saya," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program anjuran kumpulan pemberontak dalam parti, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tengku Adnan pada Disember lalu berkata, ucapan Muhyiddin pada 7 Disember 2015 di Kampung Baru akan disiasat parti. 

Ucapan itu disampaikan Muhyiddin selepas beliau dihalang daripada berucap pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Tengku Adnan, juga dikenali sebagai Ku Nan, sebelum ini berkata hasil siasatan itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya harus menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

"Dia (Muhyiddin) bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah," kata Ku Nan sebelum ini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 selepas menyuarakan pandangan kritikal terhadap operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman turut mencabar Ku Nan mengambil tindakan terhadapnya serta anggota jawatankuasa GKCM yang sebelum ini mendesak Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

"Sebelum ini pun saya hendak dipecat dari Umno, tetapi surat belum sampai. Saya tunggu, dan sahabat baik saya Tengku Adnan belum lagi berikan.

"Jadi, sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan Umno.

"Dan Tengku Adnan, kalau anda menonton berita ini sekali lagi, saya cabar anda debat dengan saya," katanya dalam ucapannya. – 20 Februari, 2016

1 comment:

  1. Kt siber berasa gong...kt luar...roppong...dokrok.secetong..bak kata org kelate...bual lebih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa