Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Hahaa.......Brehem Ali nak masuk PAS pulak ke?

Selepas Haron Din sertai kluster dakwah, Perkasa ramal Pas jadi parti alternatif Melayu
 | MALAYSIA DATELINE
Ibrahim AliIbrahim Ali
Perkasa menyambut baik perlantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perunding Islam (MPI) yang ditubuhkan kerajaan BN dan yakin Pas mampu menjadi parti alternatif menggantikan Umno yang kini 'sakit'.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata, Umno yang sedang sakit amat memerlukan Pas dan perlantikan Dr Haron Din akan dijadikan modal kempen oleh Umno bahawa ia sebuah parti yang prihatin untuk 'menaikkan syiar Islam'.   
"Pas pula jika tunjuk mahal atau bersikap jumud tentu tidak dilihat parti yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam.
"Pas telah sedar apabila berpisah dengan DAP, Pas akhirnya tidak menjual prinsip perjuangan Islamnya saperti mempertahankan hukum hudud yg diperjuangkan Pas berpuluh tahun lamanya. Berjaya atau tidak soal lain tapi tetap tegas dengan prinsip," ujar Ibrahim.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menyelar kenyataan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian yang juga Adun Salor, Datuk Husam Musa bahawa perlantikan Dr Haron Din itu sebagai "satu penghinaan yang dahsyat kepada Pas" kerana Mursyidul Am Pas itu akan berada di bawah pengarahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sarat dengan skandal seperti isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Beliau menyifatkan Husam sebagai menyimpan perasaan marah kepada Pas keraana kalah dalam pemilihan parti dengan undi yang rendah serta keilangan cita-cita untuk menjawat Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar Kelantan.
"Kekecewaannya dapat kita kongsi bersama," kata Ibrahim.
Beliau turut yakin bahawa perlantikan Dr Haron tiada kaitan langsung dengan kepimpinan Najib dan masalah yang dihadapi Perdana Menteri sehingga dikritik hebat rakyat adalah "satu hal yang berlainan".
"Sebagai ulama dan seorang daei ialah untuk berdakwah dan memberi sumbangan fikiran dan peranan utk kebaikan Islam. Inilah amalan yg dikatakan Islam dan politik tidak boleh di pisahkan.
"Apakah DAP atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berieh 100% yang menyebabkan Datuk Husam Musa menyokong dan bersekongkol serta berceramah atas satu pentas," bidas Ibrahim.
Beliau merumuskan bahawa perpisahan Pas dan DAP, keresahan umat Melayu Islam terhadap pelbagai isu dan berhemahnya Pas dalam perjuangan politik akan menjadikan parti itu sebagai parti alternatif yang bakal mendapat sokongan majoriti Melayu Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

6 comments:

  1. Sekilas ikan di air telah ku tahu jantan betinanya.hahaha beginilah nada oportunis yang ada nampak peluang di hadapan.

    ReplyDelete
  2. Oooo.. patutla dia org keluarkan satu analisa syok sendiri....

    ReplyDelete
  3. Ek elehhh. Berahim pon penyamun jugak dulu masa umno. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Eloklah PAS beri kerusi untuk tanding semula. Masa TGNA orang usah harap nak berpelukan....

    ReplyDelete
  5. Berahim ni ibarat pak tolol dlm filem hindustan. Pelawak ya jugak. Bodek hero mesti lebih maa. Ada peluang dia ngap. Dia ke tentukan dasar pas isle ko tidak? Dia mufti kabir ke? Boleh ijtihad? Test baca fatihah dulu. Kahkah

    ReplyDelete
  6. Amar makruf mungkar nakir...ingat tak siapa yg ucapkan itu dulu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa