Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 24, 2016

Idea kerajaan teknokrat: Adakah akan dipersetujui oleh golongan tamak kuasa?

Idea kerajaan teknokrat, syabas buat PAS - Muammar Qaddafi
TMI - Published: 24 February 2016 3:02 PM

Timbalan presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man baru baru ini mengutarakan kembali pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan teknokrat.

Kerajaan teknokrat secara mudahnya adalah pemimpin eksekutif negara akan dipilih dalam kalangan mereka yang benar-benar mampu dalam bidangnya oleh parti politik yang menang pilihan raya,misalnya Tan Sri Zeti Aziz, dilantik parti yang menang, menjadi menteri kewangan tanpa beliau perlu menyertai pilihan raya.

Ini kerana beliau dilihat mampu untuk mengurus dalam bidang itu berbanding ahli politik yang tiada latar belakang ekonomi.

Dalam membaik pulih keadaan ekonomi dan sosial negara, sememangnya cadangan ini wajar diperhalusi dan dilaksanakan dengan kadar segera. 

Tetapi sedikit ironi apabila cadangan ini keluar dari PAS. Teknokratik pada asasnya adalah berdasarkan meritokrasi dan PAS adalah parti yang gagal daripada sudut ini.

PAS sendiri gagal meletakkan kepimpinan eksekutif dalam negeri yang mereka menang berdasarkan merit, tidak hairanlah setiap negeri yang ditadbir PAS akan caca merba dan menemui kegagalan termasuklah yang sedang berlaku di Kelantan.

Kepakaran PAS adalah pada slogan parti, namun tidak pada perlaksanaan.Bahkan lebih teruk, mereka candukan rakyat dengan doktrin agama.

Sheikh Maududi meletakkan kelompok ini sebagai golongan theokrat demokrasi iaitu yang menganggap mereka sebagai wakil tuhan di bumi menggunakan slogan mereka.

Idea meletakkan golongan yang layak sebagai eksekutif sebenarnya tidak perlu sehingga pelaksanaan konsep kerajaan teknokrat walaupun asasnya ia cadangan yang baik, hatta dalam parti politik sendiri  ada pemimpin yang mampu mentadbir, malangnya orang ini tidak dihargai sepenuhnya.

Lihat sahaja di Kelantan hari ini, timbul isu isu kegagalan kerajaan negeri kerana tidak mengutamakan meritokrasi dalam memilih kepimpinan negeri.

Datuk Husam Musa yang berjasa besar ketika pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz disingkirkan terus selepas berlaku perubahan kepimpinan walaupun beliaulah yang dilihat lebih berkemampuan mentadbir negeri.

Maka tidak hairanlah Husam selaku exco kanan diberi kepercayaan menteri besar ketika itu untuk membentangkan bajet kerajaan negeri yang selalunya dibentangkan menteri besar.

Namun begitu kegagalan PAS sebagai pentadbir boleh dikurangkan melalui konsep kerajaan teknokrat. Cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar agar Kelantan menjadi pelopor konsep ini wajar diambil tindakan segera memandangkan cadangan ini dari PAS, sekaligus menjadikan PAS Kelantan sebagai guru politik di Malaysia.

PAS juga dahulunya tidak pernah kekurangan tokoh yang layak mentadbir negara berdasarkan kepakaran masing-masing.

Malang sekali pasca muktamar tahun lepas mereka ini tersingkir dan digantikan pemimpin berlatar belakang agama yang tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri mahupun negara.

Namun begitu nama-nama "bekas PAS" seperti Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa tentu sekali mampu mengisi pentadbiran negara satu masa kelak sekiranya rakyat Malaysia lebih mengutamakan merit individu berbanding candu parti politik menggunakan agama dan kaum semasa memilih pemimpin.

Apa pun, syabas diucapkan buat PAS atas cadangan yang sememangnya baik untuk negara ini.

Sekurang-kurangnya pandangan kita sama iaitu kepimpinan negara harus berdasarkan meritokrasi bukanlah pada slogan dan idealogi parti semata-mata. – 24 Februari, 2016.

3 comments:

  1. Konsep MULLAH la ok. PAScai Taliban. Baru la MARI. Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Apasal blog kau kena block pulak.. aduiiii...

    ReplyDelete
  3. TM punya service block, try pakai broadband selain dari TM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa