Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 21, 2016

Kelantan tenat?

Husam Dedah Kelantan Tenat, Harta Rakyat Dijual Senyap-Senyap
By Terengganu Daily -  Feb 20, 2016
Ekonomi Kelantan semakin tenat jika dilihat dari satu persatu harta syarikat Kerajaan Negeri tergadai. Bertambah malang lagi, ramai di kalangan rakyat Kelantan langsung tidak menyedari akan situasi ini.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa mendakwa kerajaan negeri terus menjual aset negeri di bawah nilai pasaran.

ADUN salor itu mendedahkan, Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Hotel Perdana milik Kerajaan Kelantan telah dijual dengan harga RM26 juta.

Selain Hotel Perdana, harta rakyat milik kerajaan negeri yang digadai senyap-senyap termasuklah Perdana Resort, Rumah Sri Kelantan, PMBK Sawit, Tanah Lembah Sireh, Tanah Masjid Telipot, Tanah Tapak Majlis Belia Kelantan dan Tanah Hutan.

Terbaru yang bakal dijual ialah Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

KPK ditubuhkan oleh Bekas Menteri Besar Kelantan daripada UMNO, Tan Sri Mohamed Yaakob pada 26 Januari 1979. Kompleks ini sudah diambang kehancuran kerana dihujani dengan bermacam-macam saman.

KPK telah diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan membayar ganti rugi kepada seorang individu (syarikat) bernilai lebih RM2 juta. Individu berkenaan tuan milik sebuah syarikat perkayuan mengemukakan saman kepada KPK, menuntut ganti rugi kerana dikatakan melanggar terma perjanjian kontrak dengan KPK.

KPK juga bakal diminta untuk membayar tuntutan RM7 juta.

Terbaru, tanah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Kelantan Berhad yang berada di lokasi berdekatan dengan jalan baru Kota Bharu-Ketereh yang sedang dalam pembinaan yang bernilai lebih kurang RM10 juta telah dikeluarkan tender tawaran untuk jualan.

Pada umumnya, tanah di kawasan strategik seperti itu harus dijual dengan harga yang lebih mahal. Adakah terdapat skandal yang mendesak pihak Kerajaan PAS Kelantan menjual tanah tersebut?

Kerajaan pimpinan PAS Kelantan menjual harta milik rakyat bukanlah sesuatu fenomena yang baru, malahan sebelum ini pun telah banyak harta dan tanah rakyat Kelantan yang telah tergadai.

12 comments:


  1. Cerita lama. Datuk Husam lebih arif sebab masa tu dia memegang potfolio Kewangan.

    Sedih, wakil rakyat ambo tu. Disebabkan kalah pemilihan dia jadi gitu.

    Gi basuh muka Datuk, biar segar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cite lama cite baru bodo, tak betul saman, ada bran bodo...

      Delete
    2. Abe lie oiii..
      Berat nok mapuh PAS nih..
      Ruponya dr zaman almarhum tgna lg doh merembat ruponya.
      Boleh plok PAS diam yerr...
      Kaki kelentong guna agama..
      Puihhhh

      Delete
  2. Pak lebai pandai ceramah dan usrah je!! Mentadbir negeri atau negara, bukan ilmu mereka. Tp yg janggalnya, pak2 lebai ni cakap besau, tp habuk pun tarak.
    Menyedari hakikat ini la yg mr presideng bgtau yg pas berpilitik bukan utk tumbangkan umnuuu!

    Haprak punya mr presiden sebuah parti politik!!??

    ReplyDelete

  3. patut lah pas beria-ia nak baik dgn umno kerana krja mereka berdua sama suka jual harga raayat.

    ReplyDelete
  4. tuang mountdwellang,
    koho berat/berat nnanang doh puok tok lebai/ostad. kalu betol; soh la kepimpinang ulamak kelantang telah melakukang fekah jualbeli harta rakyat.
    tok lebai empat ganjil limo genap& tok lebai pisaa raut weh.
    tolong royat ke puok2 ni, mari kelaut kat seberang takir & candak sutong kat marang dengang tuang presideng.
    kalu beli nasi ayang bukus di kelantang
    jangang bukus sekali dengang ayang, takot ayang makang nasi.

    Pok Mang

    ReplyDelete
  5. Macam ni nak jadi penasihat..???
    Keh5
    cermin diri la dulu lebai2 woii!!

    ReplyDelete
  6. Cerita lama ini belum selesai lagi.. sampai bila...? - ancient mariner

    ReplyDelete
  7. Hussam tak buat apa pun semasa ada kuasa dan jwtn dlm pas,,nak keluar pas, nanti makan gaji haram dan isteri tertalak 3,,rasakan hussam. Meroyan mcm org hilang akal, jadilah manusia munafiq dan gunting dlm lipatan bagi pas. Luar nampak seronok, dalaman hati penuh dgn kegelisahan.

    ReplyDelete
  8. ini sumua salah dap kerana tak reti tadbir kelantan

    ReplyDelete
  9. komen Pok Mang terlajak peninggg tahap bingai..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa