Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 4, 2016

Kenapa Berjasa dan Hamim gagal bertahan lama?

Berjasa, Hamim tidak kekal lama kerana cenderung pada BN - Salahudin
03 Februari 2016 | HUSIN MAHAT
Salahuddin berucap dalam majlis anjuran Amanah Cawangan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
Pengaruh parti kecil seperti Hamim dan Berjasa tidak kekal lama kerana kecenderungan pemimpin parti tersebut untuk bekerjasama dengan BN, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menjawab soalan hadirin pada majlis Talkshow Isu Politik Semasa di Dewan Masyarakat Saujana Utama, Sungai Buloh, Kuala Selangor, Ahad lalu, Salahudin yakin mana-mana parti politik pembangkang yang cenderung untuk bekerjasama dengan BN akan mengalami nasib yang sama dengan Berjasa dan Hamim.
Beliau seterusnya berkata, berlainan dengan Amanah yang ditubuhkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam pakatan pembangkang, beliau berkata parti itu tidak ditubuhkan kerana dendam politik, kalah dalam pemilihan parti ataupun mempunyai kepentingan peribadi.
Menurutnya, sebahagian besar pemimpin Amanah telah berkecimpung selama 40 tahun dalam PAS kerana yakin dengan politik Islam dan konsep Islam sebagai rahmat bagi sekelian alam.
Dalam konteks politik Malaysia, ujarnya parti-parti politik perlu membentuk kesepakatan bagi memerintah negara.
"Umno pun perlukan rakan politik untuk perintah negara," katanya.
Oleh kerana memilih pendekatan aman (muwajahah silmiyah) bagi mendapatkan kuasa pemerintahan, Amanah menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi menghadapi BN.
Walaupun parti-parti politik yang membentuk Pakatan Harapan mempunyai dasar yang berlainan, Amanah, DAP dan PKR ujarnya mewujudkan kerjasama politik bagi mewujudkan kerajaan yang cekap, telus dan bertanggung jawab untuk menggantikan kerajaan BN yang lemah, korup dan gagal mentadbir negara.
Sehubungan itu beliau menyifatkan tindakan Pas memutuskan hubungan dengan DAP atas alasan parti itu menolak hukum hudud sebagai satu kesilapan kerana hudud tidak termasuk dalam syarat kerjasama politik (tahalluf siayasi) Pakatan Rakyat yang kini sudah berkubur.
Salahudin turut menghargai jasa dua tokoh utama Pas yang terkehadapan dalam memperjuangkan kerjasama politik di kalangan parti pembangkang iaitu bekas presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kami (pemimpin Amanah) banyak belajar daripada Ustaz Fadzil dan Tuan Guru Nik Aziz," katanya.
Beliau turut menyentuh perkembangan pesat Amanah yang baru berusia empat bulan namun kini mempunyai 150 kawasan penaja di seluruh negara dengan 50,000 keahlian sedang diproses.
Amanah ujarnya telah mengedarkan lebih 100,000 borang keahlian sejak ditubuhkan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Pada majlis yang sama Salahudin turut melancarkan buku tulisan pendakwah bebas yang juga aktivis muda PKR, Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Buku bertajuk "Jangan kasar sangat ustaz" itu diterbitkan Kemilau Publika.
Turut berceramah pada malam itu Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi dan aktivis muda DAP, Young Shefura Othman.

9 comments:

  1. ...satu kesilapan kerana hudud tidak termasuk dalam syarat kerjasama politik (tahalluf siayasi) Pakatan Rakyat yang kini sudah berkubur.

    Ada dengar PR dulu " Bersetuju untuk tidak bersetuju". Apa maksudnya?

    ReplyDelete
  2. Ooo...maksud Salahuddin Ayub nie PAS tak akan kekal lama kerana cenderung kepada BN, hanya yang cenderung kepada DAP saja yang akan kekal hingga kiamat. Tapi aku kesian tengok pemimpin PAN buat ceramah kat kampung aku, tak sampai 20 orang pun yang datang, itupun puak2 PAS, entahlah kalau mereka harum manis, tapi bila dengar mereka kutuk penceramah tak pulak rasanya mereka ni harum manis.

    PAN bekerja 16 jam sehari kata presiden, selama 16 jam mereka bekerja bagaimana cara nak hasut penyokong PAS supaya membenci PAS, itu saja yang mereka usahakan, PAS nak UG dengan umno. Rugi DAP kalau PAN berterusan begini.

    Aku pergi jugak la pasal nak dengar apa isu yang boleh membantu rakyat, tapi aku kecewa sebab pemimpin PAN ni cuma bawa isu PAS nak UG dengan umno, setahu aku dah lama dah isu ni berkumandang dari mulut pembenci PAS, aku tunggu sampai nak jadi tengkorak bila agaknya PAS nak UG dengan umno, jadi ke tak jadi?

    Pembenci PAS kata PAS nak UG dengan umno, PAS nafi, apakah PAS berbohong atau pembenci PAS mencipta fitnah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah bless Amanah, Aamiin

      Delete
    2. apa bezanya dgn puak pas yg menuduh amanah mnjadi kuda dap?? setakat ni brp banyak umno ikut nasihat pas?

      Delete
  3. Tolong jangan kata apa yg hodoh2 kpd pemimpin PAS, kerana mereka digolongkan dalam kumpulan yang walau-walaun kata, mereka tu ulama dan pewaris nabi. Kata-kata mereka mungkin ada barakah!! Hihihihi

    ReplyDelete
  4. Tolong jgn kata bodoh bodoh kpd pas chai. Berkatalah wala unta antum semua olarmak u warasatul ambiak. Sabda mereka hanya amat banyak diriwayatkan dlm el majalah el munapik harakaaah. Iqrak lah kamu akan al harakaaah. Tiadalah yg benarr illa sedikitt sahajaaa. Kahkah

    ReplyDelete
  5. Memang 20 -30aja yg ikut sbb xsemua masih memahami... Semua masih membaca utusan dan harakah yg takut dgn DAP yg ada 40 kerusi... Jenis amno dan pas sbnarnya jenis tkut berbahas pakai ilmu... Untuk menutup kelemahan itu maka dicipta dap ni komunis.. Dah lama aku dgr dari tahun 80 sampai sekarg tp singapore xjuga jd komunis.. Maju semcam jugak... Ni le melayu yg ditakuti dgn hantu.. Ingat cina aja main hantu dan sembah hantu rupanya melayu lagi teruk...

    ReplyDelete
  6. Tgk muka arwah tgna or hadi..mane warak n lg cerdik pun da tahu...arwah tgna nk bertindak guna akal n agama...hj hadi banyak ikut nafsu...main hentam jer nk ckap apa n x pandai patahkn soalan musuh...rakyat yg menilai semua itu

    ReplyDelete
  7. Hadi awe lulusan saudi arabia. Saudi barua amerika. Apa yg amerika suruh saudi akan ikut. Begitulah juga sekutu saudi spt uae kuwait dll. Mereka serang yaman utk selamatkan regim mereka disana. Tp ramai rakyat terkorban. Apa nasihat hadi ulamak sedunia dlm hal ini? Wallahuaklam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa